Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan konflik dengan pusat dibidas

BN Negeri berupaya memastikan kemenangan dengan acara, gaya tersendiri: Dr Rundi

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Barisan Nasional ( BN) Negeri mempunyai keupayaan memastikan kemenangan dengan acara dan gaya tersendiri, kata Setiausaha Agung BN Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata demikian sebagai respons daripada Pengerusi DAP Chong Chieng Jen baru- baru ini yang menyatakan bahawa BN Sarawak dijangka mendapat lebih banyak kelebihan di kerusi bandar seandainya Perdana Menteri meletak jawatan.

“Kenyataan Chong seo- lah- olah menghasut atau mewujud kemarahan antara kepimpinan negeri dan persekutua­n yang bermotifka­n politik terutamany­a menjelan PRN- 11.

“Untuk makluman, kami lebih daripada berupaya memastikan kemenangan sendiri dengan mengguna acara serta gaya tersendiri oleh Ketua Menteri,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Dr Rundi berkata, malah pemimpin negeri lebih mengenali dan memahami rakyat Sarawak berbanding orang luar dari Sarawak.

Sebelum ini Chong dalam kenyataan juga berkata, beliau percaya jumlah undi bagi BN di kerusi kawasan bandar akan meningkat jika pemimpin itu berbuat demikian.

Chong juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Dr Rundi sebelum ini yang menyatakan bahawa BN Negeri mempunyai peluang kemenangan lebih baik di kerusi kawasan bandar jika SUPP dan UPP bekerjasam­a.

Pada PRN-10 tahun 2011, BN Sarwak memenangi 55 kerusi sementara DAP sebanyak 12 kerusi, PKR (tiga kerusi) dan Bebas (satu kerusi).

Keputusan itu menunjukka­n BN kehilangan lapan kerusi berbanding 63 yang dimenangin­ya pada 2006.

Malah DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi sementara PKR menambah satu kerusi emnjadi tiga. Keputusan itu juga menyaksika­n DAP dan PKR menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

Ia adalah DUN Padungan ( DAP), Pending ( DAP), Batu Lintang ( PKR), Kota Sentosa ( DAP) dan Batu Kawa ( DAP).

Untuk makluman, kami lebih daripada berupaya memastikan kemenangan

“sendiri dengan mengguna acara serta gaya tersendiri oleh Ketua Menteri. Datuk Dr Stephen Rundi Utom Setiausaha Agung BN Negeri

 ??  ?? RUNDI
RUNDI
 ??  ?? BERNARD
BERNARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia