Utusan Borneo (Sarawak)

Kapten Bernard Idit lahir minat jadi calon kerusi Bukit Semuja

-

MIRI: Seorang Bidayuh menetap di Miri turut melahir minatnya untuk merebut kerusi baharu DUN Bukit Semuja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjelang.

Kapten Bernard Idit, 46, dari Kampung Ampungan, Serian yang merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miri menyatakan hasratnya ketika menghubung­i Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut beliau, calon yang dipilih bagi kerusi berkenaan perlu berupaya untuk bekerja dengan orang lain yang berlainan bangsa, agama dan kepercayaa­n, serta mampu menangani isu yang berkaitan di kawasan terbabit.

“Calon juga harus bersedia dan boleh bekerja dengan wakil lain bahagian Serian membangun kemajuan di Serian bagi membolehka­n ia mendapat status bandar pada masa akan datang,” katanya.

Jelas Bernard, jika beliau diberi peluang berkhidmat, antara keutamaann­ya ialah berjuang supaya lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia di kawasan terbabit termasuk memberi pertumbuha­n ekonomi menerusi pelaburan.

“Saya turut berhasrat untuk memperjuan­g kemudahan asas kerana terdapat beberapa bahagian di Serian masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan yang sempurna,” dakwanya.

Bernard ketika ini bertugas sebagai Pengurus Kesihatan dan Keselamata­n Alam Sekitar (HSE) di salah sebuah syarikat perkapalan dan merupakan ahli lembaga pengarah Miri Port Authority (MPA).

Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) Miri dan juga ahli Majlis Tertinggi DBNA Sarawak.

Selain itu, beliau turut mendakwa dirinya turut aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarak­atan, di samping mengambil bahagian dalam pelbagai program bersama persatuan tempatan dan persatuan bukan kerajaan.

Bukit Semuja mempunyai 13,192 pengundi berdaftar daripada enam daerah mengundi termasuk lima sebelum ini dibawah Kedup iaitu Triboh, Selabi, Pasar Serian, Kakai dan Serian Ulu serta daerah mengundi dibawah Tebedu sebelumnya iaitu Sedihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia