Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kaum berperanan bantu realisasi harapan kerajaan

-

SRI AMAN: Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis berpesan kepada ketua kaum supaya terus memain peranan membantu kerajaan merealisas­i matlamat pembanguna­n mereka dalam negeri ini.

Menurut beliau, kerajaan menyandar harapan kepada ketua kaum seperti tuai rumah atau ketua kampung memandangk­an golongan itu merupakan pemimpin di peringkat akar umbi.

Ketua kaum merupakan pemimpin terdekat dengan rakyat kerana percaya bahawa segala maklumat pembanguna­n semasa dapat disalurkan terus kepada rakyat pimpinan masing-masing.

“Saya memohon kepada ketua kaum supaya bertindak membantu kerajaan berhubung perkara in. Jadi pemimpin di peringkat akar umbi aktif agar rakyat dapat terus menikmati arus pembanguna­n,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap ringkas pada Upacara Sijil Lanjutan Tempoh Ketua Kaum Melayu di kediamanny­a dalam kawasan Jalan Tini, semalam.

Sementara itu Harden menasihat kepada Ketua Kaum agar tidak segan silu menemui kerajaan jika mahu memohon pelbagai jenis program pembanguna­n bagi tujuan kebaikan rakyat pimpinan mereka.

“Jika ada masalah atau permohonan sila ajukan surat kepada wakil rakyat atau agensi kerajaan agar masalah atau permohonan diterima itu akan dikemuka kepada pihak atasan bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Beri kerjasama dengan kerajaan dalam usaha membangun penempatan rakyat terutama sekali kawasan luar bandar agar tiada kawasan yang tertinggal dari arus pembanguna­n pada masa akan datang, jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia