Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan baik dengan pelanggan terus diutama

Bank Rakyat Wilayah Sarawak dalam proses bina kerjasama strategik dengan pelanggan: Mohd Salleh

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

Kita akan terus menjalin hubungan baik dengan pelanggan di samping menawar produk terbaharu kepada mereka. Malah pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah dalam

” setiap produk ditawarkan kita.

KUCHING: Bank Rakyat Wilayah Sarawak akan terus menjalin kerjasama strategik dengan pelanggan terutama peringkat cawangan, kata Ketua Wilayah Sarawak, Mohd Salleh Talib.

Salleh berkata pihaknya kini dalam proses membina hubungan baik bersama pelanggan dalam usaha menjalin kerjasama strategik antara dua pihak.

“Kita akan terus menjalin hubungan baik dengan pelanggan di samping menawar produk terbaharu kepada mereka.

“Malah pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah dalam setiap produk ditawarkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Jom Makan Durian anjuran Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Lo Khere Chiang, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan, Sharvina Sarbini.

Mengulas lanjut berkenaan program tersebut, Salleh berkata ia merupakan acara tahunan

Mohd Salleh Talib Ketua Bank Rakyat Wilayah Sarawak

institusi kewangan yang bertujuan menghargai pelanggan Bank Rakyat.

“Kita harap program seperti ini dapat diterus pada masa akan datang sekali gus merapatkan hubungan antara pihak kita dengan pelanggan,” ujarnya.

Ditanya berkenaan penam- bahan cawangan di Sarawak, Salleh berkata tiada rancangan ke arah itu setakat ini.

Menjelaska­n perkara itu, katanya setakat ini Sarawak mempunyai 14 cawangan Bank Rakyat termasuk empat di Kuching melibatkan Satok, Kota Padawan, Matang dan Simpang Tiga, sementara satu di Kota Samarahan.

“Setakat ini kita tidak mempunyai perancanga­n menam- bah jumlah cawangan, malah bilangan sedia ada ini sudah berprestas­i baik dalam menawarkan perkhidmat­an di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Bank Rakyat turut menyampaik­an sumbangan kepada Persatuan Jurugambar Akhbar Sarawak (SPPA), Jabatan Agama Islam Bahagian Kuching dan Pejabat Pendidikan Daerah Lundu.

 ??  ?? MOHD SALLEH
MOHD SALLEH
 ??  ?? SYABAS: Harden (empat kiri) menyerah sijil lanjutan tempoh perkhidmat­an ketua kaum kepada seorang ketua kampung di kediamanny­a, semalam.
SYABAS: Harden (empat kiri) menyerah sijil lanjutan tempoh perkhidmat­an ketua kaum kepada seorang ketua kampung di kediamanny­a, semalam.
 ??  ?? RASMI: Abang Abdul Wahab (tiga kanan) dan Lo (empat kanan) bersama merasmikan Program Jom Makan Durian Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan di Kuching semalam.
RASMI: Abang Abdul Wahab (tiga kanan) dan Lo (empat kanan) bersama merasmikan Program Jom Makan Durian Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia