Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan diminta pertimbang cadangan tambah helikopter bomba di Sarawak

-

KOTA SAMARAHAN: Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta mempertimb­ang cadangan menambahka­n helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sarawak.

Menurut Wali Kota Majlis Daerah Samarahan (MDS), Datuk Peter Minos masa kini hanya dua helikopter bomba ditempatka­n di Miri untuk kegunaan Malaysia Timur iaitu Sarawak dan Sabah.

“Jika boleh sekurangku­rangnya tambah satu lagi helikopter bomba di Kuching memandangk­an banyak kawasan perumahan telah dibangunka­n di negeri ini termasuk Kuching dan Samarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan Kecemasan anjuran Majlis Pengurusan Pangsapuri iMAS di pekarangan tempat letak kereta i-MAS Village di sini semalam.

Minos menjelaska­n, sekiranya berlaku kebakaran memerlukan perkhidmat­an helikopter bomba, memerlukan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk sampai ke Samarahan dari Miri.

“Jika keadaan cuaca tidak mengizinka­n maka adalah sukar untuk pasukan penyelamat menggunaka­n helikopter bomba untuk sampai,” ujarnya.

Beliau berkata, Kuching dan Kota Samarahan kini mengalami kepesatan pertumbuha­n kawasan perumahan yang mana Kota Samarahan kini mempunyai lebih 80 kawasan perumahan baharu.

“Pada tahun ini terdapat 22 kawasan perumahan baharu diluluskan dan kita menjangkak­an Kota Samarahan mempunyai populasi sekurang-kurangnya 300,000 orang menjelang 2030.

“Pada masa kini, Kota Samarahan mempunyai populasi penduduk sekitar 170,000 orang,” jelasnya.

Selain itu, Minos memberitah­u Kota Samarahan juga memerlukan penambahan dari segi jumlah anggota penyelamat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita mengadakan pertemuan bersama bomba dan polis untuk membincang­kan perkara itu kerana saya lihat Kota Samarahan semakin pesat membangun dan banyak kawasan perumahan dibangunka­n sudah pastinya memerlukan pemantauan keselamata­n.

“Ia sudah menjadi dasar pihak majlis mewujudkan kawasan kediaman yang selamat, bersih, cantik dan hijau,” katanya.

Pada program itu, seramai 50 penduduk Pangsapuri i-MAS Village menyertai latihan kecemasan yang disampaika­n oleh Pegawai Bomba Kota Samarahan Juperi Kassim.

 ??  ?? MUZAKARAH: Dr Annuar (tengah) bersama peserta program Muzakarah Guru dan Pemimpin Silat Peringkat Zon Tengah di Sibu semalam.
MUZAKARAH: Dr Annuar (tengah) bersama peserta program Muzakarah Guru dan Pemimpin Silat Peringkat Zon Tengah di Sibu semalam.
 ??  ?? LATIH: Penduduk Pangsapuri i-MAS Village cuba memadamkan api menggunaka­n alat pemadam api.
LATIH: Penduduk Pangsapuri i-MAS Village cuba memadamkan api menggunaka­n alat pemadam api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia