Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan BN di DUN Bukit Goram amat penting: Jefferson

-

KAPIT: Kemenangan Barisan Nasional (BN) kerusi baharu, Bukit Goram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri akan datang sangat penting walaupun kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai parti politik bakal bertanding di situ.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Jefferson Jamit Unyat berkata kemenangan calon BN kerusi baharu itu sangat penting kerana membuka lebih banyak peluang pembanguna­n untuk rakyat di kawasan terbabit.

“Kemenangan BN di Bukit Goram adalah hadiah untuk rakyat dan kerajaan. Saya mendengar banyak runggutan terutama rakyat di kawasan Pelagus kerana mereka mengalami kerugian dalam tempoh lima tahun di bawah pembangkan­g.

“Inilah masanya kita bekerja keras bersama merampas kembali kerusi DUN Pelagus daripada pembangkan­g dan memastikan BN memenangi kerusi Bukit Goram pada PRN akan datang.

“Usaha ini penting bagi membolehka­n kerajaan BN merencana dan melaksanak­an lebih banyak projek pembanguna­n rakyat di kedua-dua kawasan tersebut,” jelasnya.

Jefferson berkata demikian semasa berucap pada program lawatan rasmi ke Rumah John Ramba, Sungai Sesibau di sini.

Program lawatan tersebut adalah anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pelagus.

Menurutnya, program itu sebagai usaha mendekati rakyat sehingga ke peringkat akar umbi sambil memberitah­u rakyat bersedia menghadapi PRN akan datang.

“Parti-parti pembangkan­g akan datang ke kawasan anda tidak lama lagi menyebarka­n propaganda mereka.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa rakyat tidak harus terperdaya dengan katakata dan janji manis pembang- kang mendakwa diri mereka memberi tumpuan kepada pembanguna­n di kawasan luar bandar. Mereka sebenarnya adalah berbohong.

“Ini terbukti pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tiada seorangpun pembangkan­g mengangkat tangan menyokong cadangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memperuntu­kkan sejumlah RM500 juta untuk pembanguna­n luar bandar,” jelasnya.

Jefferson meminta semua penduduk kawasan DUN Pelagus dan Bukit Goram memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN pada PRN akan datang bagi mem- beri mandaat kepada Adenan terus memimpin Sarawak.

“Adenan adalah seorang pemimpin sangat prihatin terhadap keperluan dan masalah rakyat. Justeru itu, kita harus memberi sokongan kuat kepada beliau dan kerajaan BN,” katanya.

Hadir sama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Kapit Mohd Matan Yok, Pegawai JASA Pelagus Kanchin Manggom, Pegawai Penerangan Bahagian Kapit Garai Entili, wakil Pejabat Daerah Kapit James Sandak, Ketua Pemuda PBB Baleh, Layang Temenggung James Jimbun dan Ketua Pemuda PBB Pelagus, Judson Jarrau.

 ??  ?? MOHON BERKAT: Jefferson melakukan upacara ‘miring’ ketika mengadakan lawatan ke Rumah John Jamba, Sungai Sesibau, Kapit.
MOHON BERKAT: Jefferson melakukan upacara ‘miring’ ketika mengadakan lawatan ke Rumah John Jamba, Sungai Sesibau, Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia