Utusan Borneo (Sarawak)

SWP dedah usaha penggabung­an dengan DAP temui kegagalan

-

SIBU: Parti Pekerja Sarawak (SWP) semalam mendedah mengenai penggabung­an mereka bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang telah gagal.

Setiausaha Agung SWP Munan Laja berkata, parti akan terus meletak calon mereka sendiri pada PRN yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Dalam pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan akhbar semalam, Munan bagaimanap­un tidak memberikan sebab perancanga­n penggabung­an dengan DAP menemui jalan buntu tetapi beliau berharap kedua-dua pihak masih mempunyai peluang bekerjasam­a.

Beliau berkata, SWP akan bertanding di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar.

“Ahli- ahli SWP telah pun turun padang sejak dua bulan ini. Kami semua sudah bersedia menghadapi PRN,” katanya lagi.

Munan bagaimanap­un masih belum mengumum jumlah kerusi yang akan ditandingi SWP tetapi beliau menjamin bahawa mereka bertanding dengan logo parti mereka sendiri.

Sementara itu, beliau menggesa rakyat Sarawak untuk menjadi ahli parti sambil berkata, SWP sebuah parti cukup besar untuk rakyat Sarawak.

Beliau turut mengalu-alukan individu yang gagal dalam perjuangan politik mereka untuk menyertai SWP dan turut meminta calon berpotensi PRN yang ditolak sebelum ini supaya menyertai SWP

“Siapa tahu, SWP mungkin mempunyai tempat untuk anda berjaya, bersama kami,” tambahnya lagi

 ??  ?? MUNAN
MUNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia