Utusan Borneo (Sarawak)

AEON Credit beri nilai sebenar kepada pelanggan

Hubungan jelas dan positif antara akses kepada perkhidmat­an kewangan, pembanguna­n ekonomi

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) adalah satu contoh institusi perkhidmat­an kewangan boleh memberi nilai sebenar kepada pelanggan mereka dan masyarakat.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King berkata hubungan jelas dan positif adalah antara akses kepada perkhidmat­an kewangan dan pembanguna­n ekonomi.

“Akses kepada perkhidmat­an kewangan oleh penduduk sesebuah negara merupakan prasyarat pelaburan menjurus ke arah kekayaan dan mewujudkan pekerjaan serta pembasmian kemiskinan.

“Melalui akses kepada pasaran kewangan, golongan

Akses kepada perkhidmat­an kewangan oleh penduduk sesebuah negara merupakan prasyarat pelaburan menjurus ke arah kekayaan dan mewujudkan pekerjaan serta

” pembasmian kemiskinan.

berpendapa­tan rendah boleh membina aset mereka melalui simpanan dan kredit mampu milik,” katanya pada Perasmian Cawangan AEON Credit Sibu Central di Jalan Tuanku Osman di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan AEON Credit Service (M) Kenji Fujta, Pengarah Eksekutif AEON Credit S. Krishnappa­n, Ketua Bahagian Operasi, Jualan dan Pasaran AEON Credit Service (M) Ajith Jayaram, Pengurus Jualan AEON Credit Service (M) Wilayah Sarawak, Tang Yuk Wan dan Pengurus Bayaran Mudah Wilayah Sibu, Doris Liew.

Tiong berkata, golongan berpendapa­tan rendah tidak dapat menampung perbelanja­an disebabkan masalah kesihatan kerana mereka menghabisk­an semua pendapatan termasuk simpanan untuk membayar pelbagai keperluan ditambah krisis ekonomi terkini menjadi satu tamparan kepada dunia ekonomi yang semakin lemah.

Justeru, katanya, kredit kepada individu dan perniagaan kecil dapat meningkatk­an taraf kehidupan golongan miskin atau isi rumah berpendapa­tan sederhana meningkatk­an pendapatan, membina aset dan mengurangk­an kelemahan mereka dalam masalah tekanan ekonomi.

Dengan akses lebih baik perkhidmat­an kredit mikro secara berterusan, individu dan perniagaan kecil menjadi rakan kongsi lebih aktif dalam proses pembanguna­n negara, tambahnya.

“Negara memerlukan pengukuhan industri dan perkhidmat­an kewangan pelbagai guna. Pihak berkuasa perlu bekerjasam­a dengan bankbank dan penyedia kewangan memastikan pelbagai perkhidmat­an dan pilihan masih ada kepada masyarakat.

“Kita mengalu- alukan AEON Credit menawarkan perkhidmat­an kewangan kepada penduduk di sini. Sibu adalah sebahagian kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) menawarkan potensi dan peluang SMES bagi perkhidmat­an itu.

“Pembanguna­n pesat Sarawak memerlukan pembekal kewangan seperti AEON Credit,” kata Tiong.

Datuk Tiong Thai King

 ??  ?? KINI DI SIBU: Tiong (tengah) menunjukka­n tanda bagus bersama kakitangan AEON Credit Service (M) di Sibu semalam.
KINI DI SIBU: Tiong (tengah) menunjukka­n tanda bagus bersama kakitangan AEON Credit Service (M) di Sibu semalam.
 ??  ?? DARIPADA KAMI: Kenji (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tiong selepas merasmikan Cawangan AEON Credit Service (M) Sibu Central, semalam.
DARIPADA KAMI: Kenji (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tiong selepas merasmikan Cawangan AEON Credit Service (M) Sibu Central, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia