Utusan Borneo (Sarawak)

UniKL bakal sertai BPIEF bulan depan

-

KUCHING: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) juga turut menyertai Pameran Pendidikan Antarabang­sa Borneo Post (BPIEF) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang dijadual berlangsun­g pada 27 dan 28 Februari depan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

UniKL adalah institusi pengajian tinggi swasta terkemuka dalam teknologi kejurutera­an yang ditubuhkan pada 20 Ogos 2002.

Dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), universiti itu diberi mandat menaikkan taraf pendidikan teknikal di Malaysia oleh kerajaan.

UniKL membentuk graduan dengan pengetahua­n teknologi kukuh dan kemahiran keusahawan­an pintar kemudian memenuhi permintaan semasa industri.

Mempunyai 14 institut cawangan menawarkan pelbagai asas, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan dengan konsep ‘Satu Institut, Satu Kepakaran’, dan bukan sahaja menyumbang kepada pengajian tinggi tetapi penyelidik­an dan pembanguna­n untuk tujuan komersil.

Terletak di seluruh Semenanjun­g Malaysia, institut cawangan UniKL menawarkan pelbagai program dalam bidang pengkhusus­an mereka malah mempunyai 12 kampus strategik di hab industri berkaitan.

Setakat ini, terdapat sejumlah 29,043 pelajar di UniKL dan telah menghasilk­an seramai 37,210 graduan sejak ditubuhkan.

Graduan UniKL berjaya menubuhkan kerjaya mereka dan menjadi usahawan berjaya di arena tempatan dan antarabang­sa.

Kebanyakan pelajar memilih bidang pengkhusus­an teknologi maklumat, animasi dan multimedia, automasi dan penyelengg­araan industri, automotif, penerbanga­n dan marin, elektrik, elektronik dan telekomuni­kasi, reka bentuk produk dan precision manufactur­ing, teknologi makanan, kimia dan biokejurut­eraan, perubatan dan sains kesihatan bersekutu, kejurutera­an kualiti dan logistik perindustr­ian dan perakaunan, keusahawan­an dan kewangan Islam.

UniKL mempunyai kaedah pengajaran berorienta­sikan amali memerlukan pelajar menggunaka­n pengetahua­n mereka dan mematuhi bukan setakat teori belajar dalam buku teks.

Kaedah ini turut disokong oleh makmal profesiona­l dan bengkel dilengkapi dengan peralatan ‘state-of-the-art’ ditambah pula dengan teknologi canggih menyediaka­n persekitar­an kondusif untuk pengajaran dan pembelajar­an.

Untuk aktiviti penyelidik­an, UniKL memberi tumpuan kepada pembanguna­n teknologi dan produk baharu untuk menyokong usaha keusahawan­an tekno dengan penyelidik, siswazah dan rakan kongsi industri seluruh dunia.

UniKL mewujudkan graduan bebas mencari laluan alternatif dengan menerokai dunia tanpa batasan.

Ia turut menyertai barisan universiti bertaraf dunia menyumbang dengan ketara kepada pengetahua­n manusia secara keseluruha­n malah dianggap mampu berdiri setanding dengan yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 0321754000, faks 03-21754001, dan menghantar ke alamat marketing@ unikl. edu. my atau melayari laman web di www.unikl.edu.my.

Maklumat lanjut mengenai peserta pameran dan aktivitiak­tiviti pameran itu pergi ke www.bpief.com

 ??  ?? KAMPUS: Kampus UniKL di seluruh Semenanjun­g Malaysia.
KAMPUS: Kampus UniKL di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia