Utusan Borneo (Sarawak)

Stanley wajar dipertimba­ng tandingi semula kerusi Pelagus

-

SIBU: Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 lepas, Stanley Nyitar wajar diberi peluang kedua bertanding semula di kerusi itu.

Mejar ( B) Moses Ripai berkata, ini kerana beliau adalah calon tepat bagi kerusi itu memandangk­annya adalah anak jati Pelagus.

“Sebagai anak watan di situ, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing wajar mencalonka­nnya seperti apa yang beliau buat pada tahun PRN 2011 dengan mecalonkan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent buat kali kedua meskipun pernah tewas pada PRN 2006.

“Keadaan ini tidak mustahil untuk Masing melakukan ‘strategi’ yang sama untuk kerusi DUN Pelagus dengan mencalonka­n semula Stanley pada PRN akan datang,” ujarnya yang merupakan seorang pengundi di Sungai Amang, Pelagus kepada Utusan Borneo di sini, malam kelmarin.

Moses berkata, kekalahan Stanley pada PRN 2011 adalah disebab pada masa itu namanya dicalon pada saat akhir tambahan pula masa itu senario politik di Pelagus agak kurang stabil.

“Saya tahu apa yang Stanley lakukan sekarang kerana saya adalah penyokong kuatnya. Setiap pergerakan­nya saya tahu kerana saya sering mengikutny­a menghadiri sesuatu majlis di kawasan Pelagus sebelum ini.

“Daripada situ, saya meli- masih kuat kepadanya tanpa berubah dan ramai rakyat kawasan Pelagus masih mahu beliau sebagai calon BN dari PRS pada PRN akan datang.

“Justeru, saya berani bersuara untuk perhatian Masing serta pucuk pimpinan BN agar Stanley terus menjadi pertaruhan BN- PRS pada PRN kali ini,” katanya lagi.

Moses memberitah­u bahawa Stanley masih relevan di hati rakyat Pelagus lebihlebih lagi beliau anak jati Pelagus sendiri.

“Stanley merupakan seorang yang rendah diri tetapi berjiwa rakyat. Beliau sebenarnya sangat layak untuk menjadi calon BN di kerusi DUN Pelagus. Dia adalah calon berpotensi.

“Pelagus adalah untuk orang Pelagus. Individu yang layak menjadi calon di Kerusi DUN Pelagus adalah mesti dari anak jati Pelagus sendiri. S l d l h ” jelasnya lagi.

Jelas Moses, meskipun Stanley pernah tewas pada PRN 2011 tidak bermakna beliau mempunyai kekurangan dan kelemahan.

Katanya, Masing sendiri juga turut pernah mencalonka­n calon yang pernah tewas seperti Alexander Vincent di Ngemah pada PRN 2011 namun turut menang akhirnya.

“Calon ‘kitar semula’ masih relevan. Begitu juga dengan Stanley, beliau masih relevan di Pelagus. Diharap pucuk kepimpinan PRS, dapat memberi peluang kedua baginya pada PRN akan datang.

“Walaupun pernah tewas, tidak mustahil beliau boleh menang. Berilah beliau peluang kerana kami di Sungai Amang, Pelagus menyokong sepenuhnya Stanley untuk menjadi calon BN pada PRN akan datang,” ujarnya.

Moses yang mengakui dirinya adalah sebagai jurucakap kumpulan Stanley di Pelagus bahawa beliau yakin bahawa dia boleh menang pada PRN akan datang.

Katanya, sejak dari dewan beliau diumumkan tewas pada PRN 2011, Stanley telah mula turun padang bagi memohon maaf kepada rakyat serta berhasrat mahu menebus kekalahan itu.

“Dari 2011 hingga sekarang, Stanley masih aktif berkempen dan mempunyai pengikut sendiri dan jenteranya. Banyak kawasan di DUN Pelagus sudah dilawatiny­a dan beliau tidak asing lagi bagi rakyat di Pelagus.

“Justeru, kami sudah bersedia berjuang untuk seandainya Masing merestui pilihan kami ini. Diharap suara saya ini tidak disalah anggap sebagai pendapat peribadi. Apa yang saya cakap ini adalah benar dan ia berdasarka­n sambutan rakyat selama jentera kami berkempen sejak hari pertama kekalahan Stanley,” tambahnya.

Sementara itu, Stanley ketika dihubungi semalam berkata, beliau tidak boleh menghalang Moses bercakap bagi pihaknya kerana beliau adalah penyokong kuatnya.

“Saya tidak dapat menyekat mereka dari bercakap serta meluahkan pendapat. Itu hak mereka untuk memberi gambaran sebenar,” jelasnya lagi.

Ditanya mengenai persediaan­nya untuk menghadapi PRN serta pergerakan jentera kempennya, beliau hanya menjawab, “Maaf, saya tidak dapat memberi komen buat masa ini”.

Apabila ditanya sekiranya beliau diberi mandat untuk dicalonkan semula pada PRN akan datang di kerusi DUN Pelagus, adakah beliau menerimany­a, Stanley hanya menjawab, “Kenapa tidak jika diberi peluang.”

Pada PRN lepas, kerusi DUN Pelagus menyaksi pertanding­an tiga penjuru antara Stanley Nyitar dari tiket PRS-BN, George Lagong ( Bebas) dan Edward Sumbang Asun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Stanley mendapat 2,903 undi sementara George memperoleh­i 5,740 undi dan Edward mendapat 1,171 undi.

George dari Bebas menang di kerusi DUN Pelagus den-

 ??  ?? MOSES
MOSES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia