Utusan Borneo (Sarawak)

IKIM jelajah enam lokasi tawar kursus menarik

-

SARIKEI: Institut Kemahiran Industri Melaka ( IKIM) akan mengadakan jerayawara beberapa tempat di sekitar kawasan negeri ini, dalam bulan Januari ini.

Pegawai Perunding Akademik IKIM Sarawak, Elizabeth berkata, program ini akan diadakan bermula dari 14 Januari (Khamis) ini dengan menjadikan daerah Song sebagai destinasi pertama siri jelajahnya bertempat di Dewan Masyarakat Song.

“Berdasar perancanga­n, IKIM telah menyenarai enam destinasi lain, yang akan dikunjungi pada masa jerayawara ini selain daripada daerah Song,” katanya ketika dihubungi media di sini, semalam.

Jelasnya, antara lokasi terbabit ialah Kapir pada 15 Januari (Jumaat) di Hotel Meligai, Mukah (16 Januari) di Dewan Masyarakat Mukah, Beting (18 Januari) di Medan Hotel, Lubuk Antu (19 Januari) di Dewan Sukan Lubuk Antu, Sri Aman (20 Januari) di Dewan Suarah Sri Aman dan Serian ( 21 Januari) di Dewan Masyarakat Serian.

Katanya, semua aktiviti itu akan bermula mulai jam 9 pagi hingga 1 petang dan orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IKIM dan pengajian yang ditawar IKIM digalak hadir.

Katanya, syarat utama yang harus ada dalam setiap pemohon adalah warganegar­a Malaysia, yang berumur di antara 17 hingga 35 tahun.

“Di IKIM, kita ada menawarkan pengajian Diploma Kemahiran Malaysia (Pro- gram Belajar Sambil Bekerja). Program ini kita buka kepada pelajar yang telah tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Bagi berminat untuk menyertai program pengajian kita ini, mereka digalak untuk membawa lima salinan kad pengenalan, enam kad salinan penjamin dan lima salinan bil utiliti, kesemua salinan itu telah disah ketua kampung atau pegawai kerajaan gred 41,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program dan pengajian yang ditawarkan oleh IKIM, mereka boleh menghubung­i Pegawai Perunding Akademik IKIM Sarawak, Elizabeth di talian 014 6888344 dan Pegawai IKIM Sarawak, Liza (016 2273435).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia