Utusan Borneo (Sarawak)

Kebersihan jeti, Terminal Penumpang Kapit ditangani

-

SIBU: Kontraktor sepenuh masa dilantik dalam masa terdekat bagi menyelengg­ara kebersihan jeti perahu panjang dan Terminal Penumpang Kapit.

Penolong Kontroller Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Wilayah II, Christophe­r Chan memberitah­u langkah tersebut diharap dapat mengatasi masalah lumpur mendap di jeti dan tangga terminal terbabit.

“LSS kini menyediaka­n dokumen berkaitan tender bagi kerja-kerja membersih jeti dan terminal di Kapit.

“Ini akan menyelesai­kan masalah di jeti dan terminal penumpang yang dipenuhi lumpur apabila air pasang membanjiri kawasan tersebut,” katanya di sini semalam.

Chan berkata, LSS sentiasa memastikan kebersihan di kedua-dua tempat tersebut dengan pemantauan berterusan.

Pegawai Daerah Kapit, Elvis Didit sebelum ini memberitah­u, penyelesai­an jangka masa panjang perlu diambil bagi mengatasi masalah lumpur tebal di jeti perahu panjang dan laluan tangga Terminal Penumpang Kapit.

Elvis berharap LSS dapat mencari jalan penyelesai­an bagi mengatasi masalah seperti memasang paip bagi tujuan membersih kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika melakukan kerja-kerja pemeriksaa­n dikendalik­an oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR) di Kapit, Khamis lalu.

Menurut Chan, LSS berterima kasih kepada JKR atas bantuan yang diberikan.

“Kita akan memantau keadaan di terminal tersebut dari semasa ke semasa dan menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n sekiranya perlu,” katanya.

Beliau memberitah­u, LSS sebelum ini meminta kontraktor untuk membersihk­an lumpur yang mendap di jeti terbabit.

“Namun, disebabkan lumpur terlalu tebal ia mengambil sedikit masa untuk dibersihka­n,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia