Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ tubuh pasukan Skuad Khas kesan kenderaan klon

-

PENDANG: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) telah menubuhkan pasukan Skuad Khas awal tahun ini bagi mengesan kenderaan klon yang semakin banyak digunakan di negara ini, kata Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata 25 anggota JPJ yang telah dilatih khusus itu akan bergerak ke setiap negeri melalui operasi besar-besaran dan siasatan menyeluruh turut dilakukan bagi mengesan kenderaan atau individu yang terlibat dalam sindiket berkenaan.

“Anggota ini boleh mengetahui kenderaan itu tulen atau klon hanya dengan melihat keadaan fizikal kenderaan yang digunakan seperti penggunaan lampu hadapan,” katanya selepas merasmikan program JOM JPJ Peringkat Negeri Kedah semalam.

Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 506 kenderaan klon telah disita dan angka sitaan itu dijangka akan meningkat sekali ganda tahun ini hasil daripada operasi yang akan dijalankan bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita anggarkan terdapat 2,000 hingga 3,000 kenderaan klon yang masih berada di jalan raya, jadi operasi berterusan akan dilaksanak­an bagi menyita kenderaan terbabit.

“Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak merupakan kawasan utama pemantauan pihak JPJ kerana sitaan kenderaan klon banyak dibuat di sana,” katanya.

“Ada yang sanggup mengambil risiko membeli kenderaan klon terutamany­a jenama mewah seperti Mercedes Benz dan BMW walaupun sudah mengetahui dari awal tahap ketulenan kenderaan terbabit kerana terpengaru­h dengan harga murah yang ditawarkan iaitu sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sahaja,” katanya.

“Orang awam dinasihatk­an agar tidak membeli kenderaan klon ini kerana risikonya sangat tinggi memandangk­an ia tidak didaftarka­n dan tidak dilindungi mana- mana insurans sekiranya berlakunya kemalangan,” katanya.

Sementara itu, dalam program semalam, JPJ telah bekerjasam­a dengan 16 agensi lain dengan membuka kaunter seperti perkhidmat­an pembayaran saman bagi memudahkan masyarakat di kawasan pedalaman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Ismail ( kanan) cuba menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika melawat ruang pameran pada perasmian Jom JPJ Peringkat Negeri Kedah di Pendang, semalam.
— Gambar Bernama PAMERAN: Ismail ( kanan) cuba menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika melawat ruang pameran pada perasmian Jom JPJ Peringkat Negeri Kedah di Pendang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia