Utusan Borneo (Sarawak)

Fenomena El Nino ‘kuat’ sebab hujan kurang di M’sia

Hujan dijangka berkuranga­n antara 20-60% mulai bulan ini

-

KUALA LUMPUR: Intensiti hujan negara dijangka berkuranga­n antara 20 hingga 60 peratus bermula bulan ini, ekoran fenomena El Nino sedang melanda Malaysia pada masa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Datuk Che Gayah Ismail berkata tahap El Nino kini dikategori­kan sebagai ‘kuat’ dan dijangka suhu negara meningkat antara 0.5 dan 2 darjah Celsius.

Beliau berkata impak El Nino yang kuat itu akan berterusan sehingga April dengan negeri-negeri di utara Semenanjun­g sudah mula menerima kesan fenomena itu.

Impak El Nino kuat ini akan turut dirasai semua negeri di Semenanjun­g, Sabah serta Bahagian Miri dan Limbang di Sarawak menjelang hujung

Tahap El Nino kini dikategori­kan sebagai ‘kuat’ dan dijangka suhu negara

“meningkat antara 0.5 dan 2 darjah Celsius. Datuk Che Gayah Ismail Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i

bulan ini,katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

“Kalau kita lihat rekod, suhu maksimum negara semasa dilanda El Nino pernah mencecah 40.1 Celsius pada 1998.

“Oleh itu pihak kami tidak menolak kemungkina­n situasi yang sama bakal berulang,” katanya.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabka­n rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan, sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjang­an.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengeluark­an kenyataan pada Disember 2015 menyatakan fenomena El Nino yang sedang melanda seluruh dunia, yang bermulased­erhana dan setempat di Pasifik pada akhir 2015, kini meningkat meliputi sebahagian besar Asia dan Pasifik.

Fenomena itu juga mendatangk­an kesan besar seperti di tengah dan selatan India, tengah dan timur laut Thailand, tengah dan selatan Filipina, utaraKembo­ja, timur Indonesia, Papua New Guinea dan kebanyakan negara kepulauanP­afisik.

Dalam pada itu, Che Gayah berkata intensiti fenomena El Nino dijangka mencapai kemuncak pada bulan ini, dan seterusnya beransur lemah mulai Februari, dan keadaan dijangka menjadi neutral selepas Jun 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia