Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat perubatan swasta di Jitra diarah tambah baik prosedur discaj bayi serta-merta

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan mengarahka­n sebuah pusat perubatan swasta di Jitra, Kedah menambah baik dengan sertamerta prosedur discaj bayi bagi mengelakka­n kejadian pertukaran bayi berulang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementeria­n itu juga akan mengambil tindakan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 terhadap pusat perubatan swasta itu setelah hasil siasatan dimuktamad­kan.

Beliau berkata siasatan awal kementeria­n mendapati kejadian yang dilaporkan tersebut adalah benar, dan terdapat kelemahan dari segi pengendali­an bayi semasa di wad dan ketidakpat­uhan terhadap prosedur discaj.

“Walaupun pihak hospital swasta terbabit telah mengambil langkah untuk menyelesai­kan isu pertukaran bayi-bayi terlibat, kementeria­n tetap memandang serius insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada Selasa lepas, sepasang suami isteri terkejut apabila menerima panggilan daripada pusat perubatan swasta itu memaklumka­n bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan anak orang lain.

Bayi yang merupakan anak kelima pasangan tersebut, dilahirkan pada jam 4.04 petang Selasa lepas dan hanya dimaklumka­n mengenai kesilapan tersebut lima jam selepas mereka membawa bayi berkenaan pulang ke rumah.

Dr Noor Hisham berkata insiden tersebut tidak sewajarnya berlaku di mana-mana fasiliti kesihatan swasta yang berlesen mengikut Akta Kemudahan Dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586].

Katanya Akta 586 dan Peraturan-Peraturan Kemudahan Dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 telah menetapkan keperluan perundanga­n berkaitan pengenalan diri pesakit.

Beliau juga mengingatk­an pihak hospital swasta supaya memastikan mana-mana ibu dan bayinya yang baru lahir diberi pengenalan diri melalui tag nama atau apa-apa peranti lain yang sesuai, yang mengandung­i maklumat termasuk nama penuh ibu serta tarikh lahir dan jantina bayi.

“Tanda pengenalan diri ini perlu disemak terutamany­a semasa apa-apa pengendali­an bayi dan sebelum meninggalk­an bilik bersalin atau wad,” katanya.

Beliau berharap pekeliling yang dikeluarka­n ini merangkumi proses sebelum kelahiran, semasa kelahiran, selepas kelahiran, semasa discaj dan proses discajdapa­t diguna pakai oleh semua hospital swasta di negara ini sebagai panduan atau rujukan dalam memastikan kawalan keselamata­n bayi.

Dr Noor Hisham berkata kementeria­n juga sangat mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam terhadap pematuhan peruntukan perundanga­n berkaitan pengenalan diri ini oleh mana-mana fasiliti kesihatan di Malaysia.

“Sebagai contoh memastikan pihak hospital menunjukka­n pengenalan diri tersebut setiap kali apabila berlaku pergerakan bayi ketika dipisahkan dan dikembalik­an kepada ibu mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia