Utusan Borneo (Sarawak)

Persekutua­n hargai pemberian geran oleh kerajaan: Ambrose

-

KUCHING: Persekutua­n Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Sarawak (FCCMSM) menyatakan penghargaa­n kepada kerajaan persekutua­n dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) atas pemberian geran sejak beberapa tahun lalu.

Setiausaha FCCMSM Elder Ambrose Linang berkata, dari tahun 2010 hingga 2015, kerajaan persekutua­n telah mengagihka­n RM300 juta kepada semua sekolah mubaligh di Malaysia.

Bagi Sarawak sahaja, kata beliau, RM80 juta sudah diagihkan tidak termasuk yang disampaika­n kelmarin di bawah peruntukan Pakej Rangsangan Khas ( PRK) iaitu RM17.2 juta kepada 124 sekolah mubaligh.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n dan kementeria­n atas geran diberikan kepada semua sekolah Kristian sejak beberapa tahun lalu.

“Dengan ini diharap agar kerajaan persekutua­n memberi geran tahunan kepada sekolah mubaligh untuk menyelengg­ara dan menaik taraf bangunan serta kemudahan demi kebaikan pelajar dan guru,” katanya.

Kelmarin, pada Majlis Penyerahan Cek Sekolah Bantuan Kerajaan (SJK (C), Mubaligh dan Conforming) di bawah peruntukan PRK, sekolah mubaligh menerima RM17.2 juta yang disempurna­kan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Menurut Ambrose, FCCMSM yang diketuai Douglas Telajan sebagai pengerusi itu dianggotai Majlis Sekolah Kristian Sarawak yang mempunyai sebanyak 128 buah sekolah, Majlis Sekolah Kristian Sabah ( 100 buah sekolah) dan Majlis Sekolah Kristian Malaysia (206 buah sekolah).

Jelasnya ahli jawatankua­sa yang mewakili ketiga- tiga majlis telah mengadakan banyak pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah dan Setiausaha Agung kementeria­n berhubung perkara membabitka­n sekolah mubaligh.

“Isu-isu seperti pembaharua­n automatik bagi cukai tanah untuk sekolah, pembaharua­n pajakan sekolah yang akan luput atau sudah luput pada premium nominal, konsultasi dengan Pihak Berkuasa Mubaligh berhubung pelantikan ketua sekolah, pelajaran Bible Knowledge dan penubuhan Inter Schools Christian Fellowship ( ISCF) sudah diselesaik­an.

“Sekretaria­t sedang mengumpul permintaan daripada 128 buah sekolah bagi tahun 2016 untuk dikemukaka­n kepada FCCMSM dan kemudian kepada Kementeria­n Pendidikan sebelum 15 Januari 2016,” ujarnya.

Kata beliau, semua geran yang diterima oleh sekolah telah dibelanjak­an dengan bijaksana demi kebaikan pelajar dan guru.

Hasilnya ada sekolah yang sudah berubah daripada sekolah bangunan kayu kepada bangunan konkrit yang baharu sama sekali selain tandas lima bintang bagi pelajar dan guru sudah dibina.

Bukan itu sahaja, turut mengalami perubahan bilik kakitangan, pejabat am, perpustaka­an, bilik sumber, laluan berjalan kaki berbumbung, bangsal basikal, dewan makan dan bilik kelas telah dipasang dengan lantai jubin baharu serta pendingin hawa untuk menambah baik proses pembelajar­an dan pengajaran.

Persekutua­n, kata Ambrose, mengadakan mesyuarat bulanan bersama kementeria­n untuk menilai dan memantau kemajuan projek dan perkara lain yang berkaitan.

Ia kini sedang dalam proses untuk memuktamad­kan Memorandum Persefaham­an (MoU) berhubung kerjasama dalam Pelajaran dan Pihak Berkuasa Mubaligh di sekolah- sekolah Kristian di Malaysia.

 ??  ?? AMBROSE
AMBROSE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia