Utusan Borneo (Sarawak)

16 penduduk kurang mampu dari Telaga Air terima bantuan JASA

-

KUCHING: Seramai 16 orang terdiri daripada golongan kurang berkemampu­an dari Zon Telaga Air menerima bantuan menerusi Program MEMBARA JASA Prihatin Siri Ketiga yang diadakan baru-baru ini.

Program berkenaan anjuran bersama Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Skuad Sayang Pantai Damai dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA) Sarawak.

Ia merupakan siri ketiga diadakan di kawasan DUN Pantai Damai selepas yang pertama di Zon Seberang Hilir dan siri kedua di Zon Santubong.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, 16 penerima itu merupakan antara mereka yang telah dipilih oleh kepimpinan di peringkat kampung.

“Tujuan Skuad Sayang Pantai Damai adalah membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan ataupun yang tercicir daripada bantuan kebajikan.

“Dengan adanya pasukan Skuad Sayang ini, maka mudahlah masyarakat kita dipantau untuk mendapatka­n bantuan kebajikan,” katanya pada majlis itu.

Ini kerana, kata beliau, terdapat juga keluarga yang tiada waris untuk mendaftar sebagai permohonan bantuan kebajikan.

Bukan itu sahaja tidak dinafikan ada yang mungkin tidak peka atau tidak tahu wujudnya pelbagai bantuan daripada kerajaan kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai kriteria.

“Maka, Skuad Sayang menjadi tali penghubung masyarakat keluarga susah kepada agensi kerajaan yang dapat membantu dalam pelbagai kategori,” kata Dr Rahman.

Sementara itu, program itu adalah program membela rakyat yang telah memberi kesan mendalam bagi membantu keluraga yang kurang berkemampu­an diadakan oleh JASA selama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia