Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh dua ranting baharu, PBB Tanjong Datu sedia hadapi PRN

-

LUNDU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan N.3 Tanjong Datu bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Mac depan.

Bagi memperkuat jentera parti, Setiausaha Cawangan, Kr. Abdul Razak mengesah penubuhan dua lagi Ranting PBB N.3.

Katanya, dua ranting itu ialah Kampung Gerunggang dan Kampung Sungai Langir/ Selenggok.

Menurut Abdul Razak, penubuhan itu membawa kepada peningkata­n jumlah ranting sedia ada di kawasan N.3 Tanjong Datu kepada 35 buah ranting.

“Ranting kita semakin bertambah dan kita yakin pertambaha­n ini memperkuat jentera parti menghadapi PRN,” katanya.

Abdul Razak berkata demikan pada Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa PBB Cawangan N.3 Tanjong Datu, di sini semalam.

Mesyuarat itu telah dipengerus­i Timbalan Ketua Cawangan PBB N.3 Tanjong Datu iaitu Kr. Abu Seman Bin Karim.

Antara hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Halmi Hazmi serta ahli jawatankua­sa tertinggi cawangan.

Menurut Abdul Razak mesyuarat itu bertujuan merancang persediaan jentera PBB N. 3 Tanjong Datu bagi menghadapi PRN.

Antara agenda mesyuarat tersebut adalah pelantikan portfolio bagi jentera PBB N. 3 Tanjong Datu bagi PRN11.

Mesyuarat tersebut telah menyaksika­n pelantikan Halmi Hazmi selaku Pengarah Operasi, Abu Seman selaku Timbalan Pengarah Operasi, Abdul Razak selaku Pengarah Bilik Gerakan.

Turut dilantik pada mesyuarat tersebut adalah portfolio ketua perhubunga­n, ketua kenyelaras program, ketua bahagian logistik dan beberapa portfolio lain.

Tambah Abdul Razak mesyuarat itu juga turut melantik Ketua Pusat Daerah Mengundi, Ejen Mengundi serta Mengira Undi bagi setiap Daerah Mengundi di kawasan DUN tersebut.

 ??  ?? PRIHATIN: Dr Rahman (belakang lima kiri) bersama wakil Skuad Sayang dan JASA merakam kenangan bersama penerima bantuan Program MEMBARA JASA Prihatin Siri Ketiga di Telaga Air baru-baru ini.
PRIHATIN: Dr Rahman (belakang lima kiri) bersama wakil Skuad Sayang dan JASA merakam kenangan bersama penerima bantuan Program MEMBARA JASA Prihatin Siri Ketiga di Telaga Air baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia