Utusan Borneo (Sarawak)

YPS komited rekrut lebih ramai ahli Mesyuarat agung mahu ahli tarik seramai mungkin pengakap berdaftar

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Yayasan Pengakap Sarawak (YPS) komited untuk terus merekrut lebih ramai ahli menyertai pergerakan itu di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi baharu YPS Ng Yaw Huat pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan YSP Ketujuh di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

“Oleh itu, saya berharap ahli yang telah mendaftar dalam mana-mana pergerakan pengakap di negeri ini menyertai YPS,” katanya pada majlis itu.

Malah, Ng menegaskan mesyuarat agung itu juga menekankan tugas setiap ahli YPS dalam merekrut seramai mungkin ahli menyertai pergerakan tersebut.

Beliau memberitah­u pada mesyuarat agung dua tahun lalu, YPS menambah tiga ahli gangsa dan seorang ahli emas.

“Pada masa kini kita mempunyai 19 ahli emas, tujuh ahli perak dan 26 ahli gangsa,” tambahnya lagi.

Mengenai aktiviti yang telah dijalankan, Ng menjelaska­n YPS telah menaja RM5,000 kepada ‘Sarawak

Oleh itu, saya berharap ahli yang telah mendaftar dalam manamana pergerakan pengakap di negeri

” ini menyertai YPS. Ng Yaw Huat Pengerusi YPS

6th Cuboree Camp’ di Kuching pada 2014.

Menurutnya lagi, pada Mei 2015 YPS turut menganjurk­an majlis makan malam penghargaa­n untuk rombongan 30 pengakap dari Kanada yang melawat Kuching.

“Selain itu, kita juga ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada penderma yang mendermaka­n pendingin hawa untuk bilik mesyuarat di Ibu Pejabat YPS,” katanya.

Mengenai penubuhan galeri sejarah pengakap pula, Ng berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada penderma kerana ia memerlukan peruntukan sebanyak RM40,000 untuk menubuhkan­nya.

Sehubungan itu, beliau meminta agar setiap ahli pengakap menyumbang bahan sejarah pergerakan masing-masing untuk diletakkan dalam galeri itu apabila ia ditubuhkan kelak.

Selain itu, beliau menegaskan terdapat kemungkina­n YPS akan memban- gunkan dua kawasan hartanah milik pertubuhan itu iaitu di Miri dan Kuching.

Majlis makan malam sempena mesyuarat agung itu kelmarin diserikan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Persuruhja­ya Pengakap Sarawak Tan Sri Awang Safri Zaidel yang turut menyampaik­an pingat keahlian emas kepada Ng dan pingat keahlian gangsa kepada Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Sarawak baharu Surdayo Osman.

Hadir sama pada majlis itu bekas Pengerusi YPS Patrick Law.

 ??  ?? TAHNIAH: Safri (dua kanan) menyampaik­an pingat emas kepada Ng (dua kiri) sambil ditemani Surdayo (kiri) dan Patrick.
TAHNIAH: Safri (dua kanan) menyampaik­an pingat emas kepada Ng (dua kiri) sambil ditemani Surdayo (kiri) dan Patrick.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia