Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Marin gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM5 juta di Sg Kong Kong

-

JOHOR BAHARU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalk­an penyeludup­an masuk 535,000 paket rokok putih bernilai RM5.4 juta termasuk cukai dalam serbuan terhadap sebuah kapal di jeti persendiri­an di Sungai Kong Kong, Masai, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Johor SAC Kamarul Zaman Mamat berkata serbuan pada kira-kira jam 11 malam hingga 4 pagi itu turut menahan lima lelaki rakyat Indonesia dan empat lelak tempatan berumur antara 25 dan 48 tahun.

“Ketika serbuan, kapal dengan nama ‘LCT Sulaiman’ itu sedang berlabuh di jeti tersebut dengan beberapa individu kelihatan memunggah kotak-kotak rokok tersebut ke dalam sebuah lori seberat 10 tan, di tebing sungai.

“Apabila diserbu ada suspek yang cuba melarikan diri, namun, kesemuanya berjaya ditahan.

“Terdapat juga tonto yang cuba mengancam serbuan itu, namun, anggota JSJ Johor berjaya menghalang mereka dan memberi bantuan keselamata­n kepada anggota PPM Wilayah Dua,” katanya kepada pemberita di Jeti Dapur Arang, Sungai Kong Kong, dekat sini semalam.

Kamarul Zaman berkata hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua 535,000 peket rokok putih berjenama JM9 dan Luffman yang mengandung­i 20 batang rokok setiap sepeket itu dipercayai cuba diedarkan untuk pasaran negara ini.

Katanya, polis sedang menyiasat lebih terperinci mengenai kegiatan itu termasuk lokasi kapal didaftarka­n dan buat masa ini polis percaya kegiatan terbabit dilakukan kira-kira tiga bulan lepas.

Kesemua rokok, kapal serta lori terbabit turut disita dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967, katanya.

Serbuan malam kelmarin yang melibatkan seorang pegawai, 15 anggota berserta tiga bot ronda PPM Wilayah Dua itu turut dibantu tiga pegawai dan 20 anggota JSJ.

Turut hadir pada sidang media itu, Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat (tiga kanan) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n rokok putih bernilai RM5.4 juta termasuk cukai yang dirampas di jeti persendiri­an dalam satu serbuan di Sungai Kong Kong, Masai,...
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat (tiga kanan) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n rokok putih bernilai RM5.4 juta termasuk cukai yang dirampas di jeti persendiri­an dalam satu serbuan di Sungai Kong Kong, Masai,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia