Utusan Borneo (Sarawak)

155 penghuni setinggan di Jalan Kebun Teh Lama, hilang kediaman

-

JOHOR BAHARU: Sejumlah 155 mangsa kehilangan tempat tinggal apabila kawasan setinggan diduduki mereka di Jalan Kebun Teh Lama, dekat sini, hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira lima petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu Ibrahim Omar berkata sebanyak 27 rumah setinggan setakat ini hangus dalam kejadian itu.

Bagaimanap­un, setakat jam 9.30 malam kelmarin, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kata beliau yang juga Komander Operasi, dalam satu kenyataan di sini.

Ibrahim berkata pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 5.18 petang itu, berjaya mengawal kebakaran pada jam 7.49 malam.

Sehingga berita ini ditulis, operasi memadam kebakaran sepenuhnya masih dijalankan.

Katanya operasi itu turut melibatkan lima buah balai dengan kekuatan 41 anggota dan 12 jentera.

Sementara itu salah seorang mangsa Haniyah Adnan, 50, memberitah­u wartawan dia hanya sempat membawa keluar cucu dari rumah dan tidak sempat menyelamat­kan harta benda kerana kebakaran berlaku begitu pantas.

“Ketika kejadian, saya sedang memasak dan menyedari kebakaran selepas mendengar jeritan jiran saya dan terus berlari ke ruang tamu bagi selamatkan cucu serta anak dan menantu saya,” kata ibu kepada empat orang anak itu.

Haniyah berkata dia tidak dapat memikirkan apa-apa melainkan hendak menyelamat­kan keluargany­a.

“Kerana itu, tiada barang yang sempat diselamatk­an walaupun sehelai baju. Kini, kami hilang tempat berteduh dan tidak tahu nak tinggal di mana selepas ini,” katanya yang menetap di situ sejak 18 tahun lalu.

Sementara itu, Samsiah Habib, 48, ditemui dalam keadaan menangis berkata dirinya hanya mampu berdoa agar kebakaran segera dipadamkan.

Ketika kejadian, Samsiah baharu sahaja pulang dari tem- pat kerja dan segera menyelamat­kan barang- barang penting sambil dibantu oleh anak-anak dan suaminya.

“Rumah saya belum terbakar lagi, namun saya khuatir kerana berasakan banyak lagi rumah yang akan terbakar berikutan angin sangat kuat,” kata Samsiah yang juga berharap agar hujan turun supaya kerja memadam api dipermudah­kan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PADAM KEBAKARAN: Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah setinggan di kawasan Jalan Kebun Teh Lama kelmarin.
— Gambar Bernama PADAM KEBAKARAN: Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah setinggan di kawasan Jalan Kebun Teh Lama kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia