Utusan Borneo (Sarawak)

“Saya tercampak keluar, kejadian berlaku sekelip mata”: Mangsa

-

KUALA SELANGOR: “Kejadian berlaku dalam sekelip mata,” kata Dewan Chandra, 34, seorang daripada 47 penumpang warga Indonesia yang terlibat dalam kemalangan bas sehingga menyebabka­n dua orang maut awal pagi semalam.

Ketika ditemui Bernama, dia yang tidur-tidur ayam semasa kejadian berkata bas yang dinaikinya dirasakan semakin bergerak ke tepi jalan sebelum semua penumpang yang sedang tidur dikejutkan dengan satu bunyi dentuman kuat.

“Saya sempat melihat bas melanggar sebatang tiang lampu jalan lalu terbabas ke dalam parit,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di sini.

Dewan yang duduk di kerusi hadapan sekali mengalami cedera ringan setelah tercampak keluar akibat hentaman kuat itu.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 5 pagi semalam, bas ekspres yang disewa sekumpulan warga Indonesia itu terbabas dan masuk ke dalam parit di kilometer 43, jalan persekutua­n Klang ke Teluk Intan, Perak di sini.

Selain dua orang maut, lapan penumpang cedera parah, 22 lagi cedera ringan manakala yang lain tidak mengalami kecederaan termasuk pemandu bas.

Warga Indonesia berkenaan dalam perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke jeti di Bagan Datoh, Perak untuk mengambil feri ke Medan, Indonesia.

Seorang lagi penumpang yang terselamat, Effendi Muhamadiah, 44, berkata semuanya berlaku terlalu pantas dan bersyukur kerana dia selamat.

“Selepas bunyi dentaman kuat itu, saya langsung tidak sedar, cuma dapati ada luka di bahagian kepala, lengan dan kaki,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Tanjung Karang,

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, hasrat seorang warga Indonesia untuk pulang ke negaranya selepas melancong selama sebulan di negara ini tergendala setelah cedera dalam kemalangan itu.

Mangsa, Lirlawati, 39, patah kaki dan cedera di muka dimasukkan ke Zon Kritikal Hospital Sungai Buloh, kelihatan trauma sambil ditemani suaminya, Hanafi, 40.

Hanafi yang bekerja sebagai kontraktor di Port Dickson, Negeri Sembilan berkata dia menerima panggilan daripada seorang rakan mangsa yang turut terbabit dalam kema- langan itu.

“Saya terima panggilan kira-kira jam 5.30 pagi semalam. Saya terkejut dan terus menaiki teksi dari Port Dickson untuk melawat isteri saya di hospital ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital berkenaan.

Beliau berkata dokumen perjalanan isterinya tamat tempoh semalam dan bercadang untuk pulang ke kampung malam kelmarin memandangk­an perkhidmat­an jeti di Bagan Datoh tutup hari ini.

Dalam pada itu, jenazah seorang mangsa, Burhanuddi­n Yahya, 50, seorang pemastauti­n tetap di Malaysia telah dituntut keluargany­a selepas sesi pengecaman dilakukan di Hospital Tanjung Karang.

Identiti wanita yang maut pula masih belum dikenal pasti berikutan dokumen perjalanan mangsa kemalangan yang bertaburan di kawasan kejadian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCERITAK­AN DETIK CEMAS: Suami kepada salah seorang mangsa nahas, Hanafi, 40, menceritak­an detik cemas apabila isterinya, Lirwati, 39, terlibat dalam kejadian itu kepada wartawan di Hospital Sungai Buloh semalam.
— Gambar Bernama MENCERITAK­AN DETIK CEMAS: Suami kepada salah seorang mangsa nahas, Hanafi, 40, menceritak­an detik cemas apabila isterinya, Lirwati, 39, terlibat dalam kejadian itu kepada wartawan di Hospital Sungai Buloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia