Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti awam diminta lapor pelajar ada masalah kewangan

Laporkan status kebajikan pelajar dalam masa terdekat, kata Idris

-

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mahu setiap universiti awam mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk membantu mereka.

Beliau turut meminta Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti- universiti berkenaan melaporkan status kebajikan pelajar kepadanya dalam masa terdekat.

“Saya faham ada pelajar yang malu ataupun tidak pasti di mana untuk mendapatka­n bantuan.

“Ada juga yang menggunaka­n duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu keluarga,” katanya dalam satu kenyataan berhubung isu pelajar universiti awam tiada duit membeli makanan hingga memudarat kesihatan diri.

Idris berkata, sememangny­a menjadi keutamaan kementeria­n dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) selama ini menjamin kebajikan pelajar dan membantu meringanka­n sebarang beban yang dihadapi mereka.

“Antaranya ialah mewujudkan pembiayaan PTPTN, kad siswa, mewujudkan tabung kebajikan, zakat dan khairat serta mengadakan program bantuan makanan percuma (kupon makanan, dan agihan makanan percuma) dan pembiayaan yuran, pakaian dan peralatan.

“Kita juga mempunyai sistem ‘pay it forward’ di mana pelajar akan membayar untuk dua makanan tetapi hanya mengambil satu makanan dan satu lagi untuk diambil pelajar yang memerlukan­nya,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Idris berkata peluang pekerjaaan dalam kampus turut diwujudkan dengan kadar RM3 hingga RM10 sejam seperti menjadi tutor atau bekerja di kafe.

Selain itu, kementeria­n dan

Ada juga yang menggunaka­n duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu

” keluarga. Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi

IPT mewujudkan program pembanguna­n keusahawan­an untuk melengkapk­an pelajar dengan kemahiran menjana dana.

“Usaha- usaha kebajikan pelajar dilaksanak­an di pelbagai peringkat termasuk oleh Pejabat Naib Canselor dan TNC, kolej kediaman, persatuan perwakilan pelajar, dan kelab-kelab kebajikan.

Untuk mengelakka­n isu pelajar lapar, Idris mencadangk­an agar lebih banyak kupon makanan dan ‘prepapid meals’ disediakan seperti konsep ‘pay it forward’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia