Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pendidikan kaji kaedah bantu pelajar miskin bandar

-

JEMPOL: Kementeria­n Pendidikan sedang mengkaji kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar miskin bandar dalam usaha meningkatk­an kehadiran mereka ke sekolah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata usaha berkenaan penting memandangk­an isu miskin bandar mempunyai kaitan dengan peratusan kehadiran pelajar ke sekolah yang didapati kian merosot.

“Kalau di sekolah harian biasa mencatatka­n kedatangan pelajar 98 atau 99 peratus, tetapi sekolah yang terdapat keluarga miskin bandar ini mencatatka­n kedatangan pelajar sekitar 87 atau 88 peratus.

“Satu sebabnya... kerana sebahagian pelajar ini didapati terpaksa bekerja bagi membantu keluarga. Oleh itu, Kementeria­n Pendidikan menyasar untuk membantu keluarga yang miskin bandar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n bantuan pakaian sekolah, anugerah pelajar cemerlang dan sumbangan kepada golongan asnaf di Maktab Rendah Sains MARA MRSM) Serting di sini, semalam.

Majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Jempol, Yayasan Pelajaran dan Kebajikan Jempol (YPKJ) serta anak syarikat Risda, Espek Sdn Bhd itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jempol yang juga Pengerusi YPKJ Senator Datuk Mohd Salim Mohd Shafit, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamshulka­har Mohd Deli serta Pengarah Pendidikan negeri Rusni Ab. Jalil.

Mahdzir berkata setakat ini pelajar miskin bandar ter- tumpu di Kuala Lumpur.

Katanya pelbagai bantuan telah diberikan kepada pelajar miskin bandar termasuk melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan kementeria­nnya sedang mengkaji bantuan tambahan untuk pelajar miskin bandar.

“Untuk itu, kita akan menjalinka­n kerjasama melalui strategi lautan biru dengan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Mengenai kos sara hidup, beliau berkata antara bantuan yang diberi kepada para pelajar dalam mengatasi kos sara hidup ialah melalui KWAMP.

“Bantuan RM300 seorang ini diberikan kepada pelajar miskin yang dikenal pasti oleh pihak pengurusan sekolah dan dimaklumka­n kepada Pegawai Pendidikan Daerah. Bantuan ini diberikan sebelum sekolah dibuka. Ini adalah program berterusan setiap tahun.

Selain itu, katanya, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu sarapan pagi turut diberikan secara percuma kepada murid sekolah yang kurang berkemampu­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Mahdzir menyampaik­an bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena majlis penyampaia­n bantuan pakaian sekolah, anugerah pelajar cemerlang serta sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Maktab Rendah Sains MARA Serting dekat Jempol,...
— Gambar Bernama TERIMALAH: Mahdzir menyampaik­an bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena majlis penyampaia­n bantuan pakaian sekolah, anugerah pelajar cemerlang serta sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Maktab Rendah Sains MARA Serting dekat Jempol,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia