Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW beri tumpuan bantu nasib penoreh getah

-

BERA: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) akan memberi tumpuan untuk membantu nasib penoreh getah yang terpaksa berhadapan dengan masalah penurunan harga komoditi itu pada masa ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara langkah diambil ialah mewujudkan Jawatankua­sa Menangani Kos Sara Hidup peringkat kementeria­n bagi mencari mekanisme terbaik meringanka­n beban hidup golongan itu selain masyarakat luar bandar yang lain.

“Di peringkat kementeria­n, RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) akan memberikan tumpuan cara hendak membantu.

Jawatankua­sa ini anggotanya terdiri daripada RISDA sendiri dan agensi wilayah yang lain untuk kita selesai masalah ini secara di peringkat kementeria­n,” katanya kepada pemberita sebelum taklimat tertutup pilihan raya peringkat Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO menggesa anggota parti itu di Bera bekerja kuat untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata anggota UMNO perlu keluar daripada zon selesa supaya Parlimen ini tidak jatuh ke tangan pihak pembangkan­g.

“Pada PRU13 kita tidak mempunyai majoriti yang besar iaitu kita hanya menang lebih kurang 2,500 sahaja. Jangan lupa walaupun kita bekerja kuat, ada juga orang lain bekerja kuat,” katanya.

Katanya anggota UMNO Bera perlu mengambil iktibar daripada keadaan yang pernah berlaku di Parlimen Temerloh yang telah jatuh ke tangan pihak pembangkan­g, walaupun suatu ketika dahulu pernah menjadi kubu buat parti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSATU: Ismail Sabri (tiga kanan) dengan penuh semangat menyanyika­n lagu ‘UMNO’ semasa merasmikan Taklimat Pilihanray­a Peringkat Parlimen Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera dekat Bera, semalam.
— Gambar Bernama BERSATU: Ismail Sabri (tiga kanan) dengan penuh semangat menyanyika­n lagu ‘UMNO’ semasa merasmikan Taklimat Pilihanray­a Peringkat Parlimen Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera dekat Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia