Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan guna landasan politik untuk kepentinga­n perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli politik yang lebih mengutamak­an perniagaan serta kepentinga­n peribadi berbanding khidmat kepada rakyat untuk berundur daripada pentas politik.

Beliau berkata sikap segelintir pemimpin dan anggota politik itu merosak dan mencemar nama baik parti serta negara.

“Elaklah, agar tidak berlaku korupsi dan penyalahgu­naan kuasa. Harus ada titik pemisah kerana negara akan rosak kalau ada golongan seperti ini,” katanya semasa merasmikan Program Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata golongan seperti ini menjadi punca kepada pandangan negatif rakyat kepada ahli politik dan anggota kerajaan, serta menjejas peluang kepada golongan usahawan sebenar, terutama usahawan muda yang mahu bertapak dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata tugas dan tanggungja­wab utama pemimpin serta anggota parti politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, dan bukan untuk menjadikan parti politik sebagai platform untuk mendapat lebih banyak tender kerajaan.

“Beri peluang kepada usa- hawan muda. Cukuplah... jangan rosakkan nama orang politik,” katanya.

Ahmad Zahid meminta mereka yang berpolitik supaya memberi sepenuh tumpuan kepada politik manakala yang berniaga pula memberi sepenuh tumpuan kepada pernia- gaan masing-masing.

Menurutnya golongan yang berniaga atas landasan politik tidak akan dapat kekal dan bertahan lama kerana ia berbeza dengan golongan peniaga sebenar yang tidak mencampur aduk urusan perniagaan dan politik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia