Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan disaran tubuh pasukan jejak dan simpan warisan sinematik negara

-

KUALA LUMPUR: Sebuah badan yang bertanggun­gjawab menjejaki dan menyimpan warisan sinematik negara perlu diwujudkan bagi memastikan sejarah seni perfileman tempatan tidak terus lenyap ditelan zaman.

Pengulas filem veteran Mustafar Abdul Rahim berkata ini penting kerana masih banyak filem-filem lama yang tidak dapat dikesan dan tiada dalam simpanan Filem Negara dan Arkib Negara.

“Setakat hari ini tiada badan khas yang bertanggun­gjawab untuk mencari dan menyimpan filemfilem yang dihasilkan terutamany­a fi lem- fi lem sebelum zaman kemerdekaa­n.

“Contohnya, filem-filem lama seperti Laila Majnun harus dicari sebab ia mungkin tidak hilang dan ia mungkin ada manamana,” katanya semasa sesi soal jawab selepas tayangan dokumentar­i Seruan Merdeka di sini, malam kelmarin.

Tayangan dokumentar­i berdurasi satu jam itu menceritak­an perjalanan kru penerbitan Greenlight Pictures menjejaki semula filem pertama negara itu yang pernah ditayangka­n pada 1947.

Pengarahny­a, Woo Ming Jin mengambil masa empat bulan menghasilk­an doku- mentari itu dan mengakui mencari maklumat yang tepat mengenai filem itu merupakan cabaran terbesar. “Sebahagian daripada buku-buku dan artikel yang ditulis tentang ‘ Seruan Merdeka’ mengandung­i kesilapan fakta dan begitu rumit.

“Kami berjaya mendapatka­n salinan skrip yang ditulis dalam tulisan Jawi iaitu novel asal ‘ Seruan Merdeka’ dan mengesan Wan Khazim Wan Din di Perlis yang pernah menyaksika­n filem itu semasa ia mula ditayangka­n,” katanya.

Woo berharap dokumentar­i bersejarah itu ditayangka­n di institusi pengajian tinggi dalam usaha meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai sejarah negara serta mempromosi­kan warisan sinematik negara.

Filem ‘Seruan Merdeka’ yang ditayangka­n pada 1947 adalah filem pertama yang dihasilkan selepas Perang Dunia Kedua bagi memulihkan semula industri filem tempatan yang terhenti semasa perang.

Filem terbitan Malayan Arts Production­s arahan B.S Rajhans itu merupakan filem tempatan pertama yang menggabung­kan pelakon Melayu dan Cina dengan teraju utama Salleh Ghani dan Rokiah Hanaffi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia