Utusan Borneo (Sarawak)

Takkan ada kerjasama politik PAS-UMNO: Mustafa

Seiring keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini

-

KUALA LUMPUR: PAS semalam menegaskan tiada kerjasama politik yang akan dijalin dengan UMNO sekalipun pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketetapan itu seiring keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada kerjasama melibatkan aspek politik dengan UMNO.

“Hingga pilihan raya akan datang, takkan ada kerjasama politik dengan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkara itu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, di sini.

Majlis taklimat itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan pimpinan tertinggi PAS lain.

Abdul Hadi yang meninggalk­an majlis berkenaan pada jam 12.15 tengah hari bagaimanap­un enggan mengulas ketika ditanya mengenai sambutan peserta yang terdiri daripada kira-kira 200 pimpinan PAS pusat dan negeri.

Isu kerjasama antara PAS dan UMNO kembali diperkatak­an selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh hal itu dalam ucapan dasar presiden di Perhimpuna­n Agung UMNO baru-baru ini.

Najib menghulurk­an ‘tali silaturahi­m’ kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunk­an negara mengikut syariat Islam sebenar.

Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Abdul Hadi ketika keduaduany­a berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan lalu. — Bernama

“Hingga pilihan raya akan datang,

“takkan ada kerjasama politik dengan UMNO.’ Datuk Mustafa Ali Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI UCAPAN: Salleh menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama BERI UCAPAN: Salleh menyampaik­an ucapan pada Majlis Perasmian Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia