Utusan Borneo (Sarawak)

Toure sifatkan anugerah kali ini ‘tidak senonoh’

-

PARIS: Bintang Manchester City Yaya Toure kelmarin mengecam pemberian anugerah Pemain Terbaik Afrika kepada Pierre-Emerick Aubameyang sebagai ‘tidak senonoh’ dan mendakwa ia memalukan benua Afrika. Toure sebelum ini merupakan calon pilihan untuk memenangi anuger a h terseb u t buat kali kelima berturuttu­rut selepas dia memimpin Ivory Coast untuk memenangi kejuaraan Piala Negara Afrika tetapi dia tewas kepada Aubameyang, bintang Gabon dan Borussia Dortmund.

“Ia adalah menyedihka­n untuk melihat Afrika bertindak balas seperti ini, ia tidak memberi kepentinga­n kepada perkara Afrika,” kata Toure, 32, kepada Radio France Internatio­nal (RFI).

“Inilah perkara yang memalukan Afrika. Untuk berkelakua­n begini adalah tidak senonoh, tetapi apakah yang dapat kita buat? Kita tidak menunjukka­n bahawa Afrika adalah penting dalam mata kita.

“Kita memberi keutamaan yang lebih kepada perkara yang berlaku di tempat lain berbanding di benua kita sendiri. Inilah perkara yang menyedihka­n.”

Aubameyang, 26, sudah menjaringk­an 18 gol dalam 17 perlawanan Bundesliga pada musim ini.

Dia mengutip 143 mata dalam satu tinjauan ke atas jurulatih-jurulatih Afrika, tujuh mata lebih banyak berbanding Toure.

Penyerang Ghana dan Swansea City, Andre Ayew, menduduki tempat ketiga dengan 112 mata.

Ayew memberitah­u lequipe. fr bahawa dia juga terkejut dengan anugerah itu kerana percaya Toure akan menang dan dia sendiri akan menduduki tempat kedua selepas menjadi penjaring terbanyak di Piala Negara Afrika di mana Ghana menjadi naib juara.

“Perhatian, Aubameyang adalah seorang rakan dia telah menikmati tahun yang hebat,” kata Ayew.

“Kita mesti menghormat­i saingan. Jika kita orang Afrika tidak, siapa lagi? Secara jujurnya, ia adalah Yaya atau saya pada tahun ini ...”

Di Piala Negara Afrika di Equatorial Guinea pada tahun lepas, Gabon, yang diketuai Aubameyang, tersingkir pada pusingan pertama.

Toure malah membayangk­an tipu daya dalam proses undian.

“Malah FIFA dengan segala sejarah rasuahnya tidak akan melakukan ini,” katanya.

Toure menambah rasa tidak percaya yang sama akan berlaku jika anugerah Ballon d’Or, yang akan diberikan Isnin ini, menghasilk­an keputusan yang sedemikian.

“Saya akan memberi contoh kepada anda – Lionel Messi memenangi semua piala tetapi Cristiano Ronaldo pula yang memenangi Ballon d’Or. Apakah yang akan anda katakan? Ia pasti tidak adil.”

Sementara itu, Aubameyang menerima sambutan bak perwira di Libreville kelmarin di mana dia disanjung oleh ribuan peminat sebagai kebanggaan Gabon.

“Dia telah naik dari bawah dan ini adalah ganjaran yang adil,” kata Brice Ignegue selaku presiden kelab penyokong The Panthers (gelaran pasukan kebangsaan).

Sabrina, seorang peminat muda yang keluar untuk menyambut, berkata pemain itu adalah seorang wira negara.

“Aubameyang mewakili Gabon, dia adalah harimau kumbang negara. Dia adalah kebangsaan Gabon dan Afrika,” katanya.

Presiden Gabon Bongo Ondimba memaparkan gambar ketibaan pemain itu di dalam akaun Twitternya ketika dia menyambut rakan senegarany­a di istana presiden.

Presiden itu segera menganuger­ahkan Aubameyang dengan salah satu penghormat­an sivil terkemuka negara iaitu Commander of the National Order of Merit.

Aubameyang kemudian diraikan oleh ribuan peminat yang memenuhi stadium Nzeng Ayong di mana dia mempamerka­n piala pemain terbaik.

“Hidup Aubameyang, hidup Gabon!”, mereka melaung.

“Sekarang kami menjangka dia akan memenangi Piala Negara Afrika untuk kami pada 2017 sama seperti apa yang Yaya Toure lakukan bersama Ivory Coast,” kata seorang pelajar tempatan Achilles. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia