Utusan Borneo (Sarawak)

Copa Amerika: Haiti, Panama langkah kanan

-

SAO PAULO: Haiti menewaskan Trinidad dan Tobago 1-0 manakala Panama membelasah Cuba 4-0 kelmarin untuk layak bagi edisi ulang tahun ke-100 kejohanan Copa America pada bulan Jun.

Kejohanan bola sepak utama Amerika Selatan sudah diperkemba­ngkan untuk merangkumi negara-negara Amerika Utara buat pertama kalinya bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-100, dan akan diadakan setahun selepas kejohanan Copa terakhir yang dimenangi pasukan tuan rumah Chile.

Haiti memenangi perlawanan yang sengit menentang pencabar mereka dari rantau Caribbean tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-83 untuk menjaringk­an gol kemenangan.

Pascal Millien membawa bola sejauh 50 ela dari kawasannya sendiri sebelum rembatan silangnya tidak dapat disambut oleh dua pemain pertahanan, seorang penyerang Haiti dan penjaga gol Jan Williams, seterusnya masuk di sudut belakang gawang.

Gol tersebut diberikan kepada penyerang Kervens Belfort Fils tetapi gambar televisyen menunjukka­n dia tidak menyentuh bola.

Perlawanan kedua dalam perlawanan berganda di stadium Rommel Fernandez di Kota Panama menyaksika­n pasukan tuan rumah memulakan perlawanan dengan sempurna apabila Gabriel Gomez menanduk masuk bola selepas hanya empat minit sahaja, walaupun dia mungkin berada pada kedudukan ofsaid.

Luis Tejada menggandak­an kelebihan Panama menerusi tendangan penalti 14 minit kemudian sebelum pemain gantian Armando Cooper memastikan kemenangan enam minit selepas babak kedua bermula apabila dia merembat masuk bola dari jarak 12 ela.

Blas Perez menjaringk­an gol keempat menerusi satu tandukan pada minit ke-88.

Perlawanan- perlawanan akhir akan berlangsun­g di 10 buah bandar raya Amerika Syarikat antara 3 hingga 26 Jun, dan perlawanan penentuan kejohanan akan diadakan di stadium Metlife di New Jersey.

Kejohanan itu akan memaparkan kesemua 10 pasukan dari Amerika Selatan campur enam dari Amerika Tengah dan Utara serta konfederas­i Caribbean, dengan Haiti dan Panama yang menyertai Mexico, Jamaica, Costa Rica dan pasukan tuan rumah United States. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Pemain dan kru pasukan Haiti meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Trinidad and Tobago pada aksi kelayakan Copa Amerika di Stadium Rommel Fernandez, Panama City.
— Gambar AFP GEMBIRA: Pemain dan kru pasukan Haiti meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Trinidad and Tobago pada aksi kelayakan Copa Amerika di Stadium Rommel Fernandez, Panama City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia