Utusan Borneo (Sarawak)

Rekod tanpa kalah kekal

PSG jarakkan diri dengan 22 mata di tangga teratas liga

-

PARIS: Paris Saint Germain (PSG) memulakan separuh kedua musim Ligue 1 dengan gaya yang selesa kelmarin, gol-gol daripada Thiago Motta dan Maxwell membantu juarajuara Laurent Blanc menang 2-0 ke atas Bastia.

PSG memulakan waktu rehat bagi musim salji dengan kelebihan besar 19 mata – rekod jumlah mata baharu setakat Krismas di Perancis.

Dua gol pada separuh masa pertama meletakkan mereka 22 mata di hadapan Monaco dan memelihara rekod tanpa kalah mereka dalam semua pertanding­an domestik sejak Mac lepas.

“Kami adalah satu-satunya pasukan yang turut memikirkan sedikit tentang masa depan,” kata Blanc yang mengalu-alukan baki musim ini termasuk perlawanan peringkat 16 terakhir menentang Chelsea dalam Liga Juara-Juara.

“Kaki adalah berat pada Januari tetapi saya harap kami ada matlamat yang besar untuk Februari, Mac, April dan Mei.”

Bastia berada hanya tiga mata sahaja di atas zon penyingkir­an walaupun hanya tewas sekali sahaja dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Bagi pasukan tuan rumah yang mewah, PSG terpaksa bekerja keras untuk mencatatka­n kemenangan 1-0 ke atas kelab tahap keempat Wasquehal dalam Piala Perancis pada hujung minggu lepas.

Blanc memilih untuk menurunkan pemain sayap dari Brazil, Lucas Moura, di tempat Edinson Cavani, dan Kevin Trapp menjaga gol.

Bagi Bastia, Brandao dari Brazil kembali semula ke stadium Parc des Princes di mana pada 2014 dia menanduk Motta yang menyebabka­nnya digantung selama enam bulan.

Pasukan pelawat bermula dengan yakin tetapi selepas setengah jam, pe- main PSG Angel Di Maria melakukan tendangan sudut dari sebelah kanan dan pertahanan Bastia yang cemerkap membiarkan tandukan Thiago Silva untuk ditolak masuk melepasi garisan oleh Motta.

Di Mari, bintang Argentina, memainkan peranan utama dalam gol kedua pasukan tuan rumah 10 minit kemudian apabila dia membantu menyediaka­n bola untuk membolehka­n pemain pertahanan kiri Maxwell melakukan rembatan dari sudut ke dalam gawang Bastia. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di PSG dan Bastia di Stadium Parc des Princes. PSG menang dengan 2-0.
— Gambar Reuters AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 di PSG dan Bastia di Stadium Parc des Princes. PSG menang dengan 2-0.
 ?? — Gambar AFP ?? CEMERLANG: Raonic beraksi menentang Tomic pada aksi separuh akhir Brisbane Internatio­nal.
— Gambar AFP CEMERLANG: Raonic beraksi menentang Tomic pada aksi separuh akhir Brisbane Internatio­nal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia