Utusan Borneo (Sarawak)

Sloane julang trofi Auckland Classic

-

AUCKLAND: Sloane Stephens memenangi kejuaraan jelajah WTA keduanya apabila dia menewaskan pemain Jerman Julia Goerges 7-5, 6-2 dalam perlawanan akhir kejohanan tenis Auckland Classic semalam.

Stephens, yang menduduki ranking ke-30 di dunia selepas mencapai ranking tertinggi di tempat ke-11, mengambil kesempatan daripada siri kesilapan yang dilakukan oleh Goerges untuk merampas mata servisnya pada kedudukan 5-5 dalam set pertama.

Dia merampas mata servis dua kali lagi dalam set kedua pada kedudukan 1-1 dan 4-2 sebelum melakukan servis untuk memenangi perlawanan akhir dalam masa 77 minit.

Ia adalah kemuncak kepada tempoh lima setengah jam yang sukar bagi pemain berusia 22 tahun dari Amerika Syarikat itu yang memulakan hari dengan melengkapk­an perlawanan separuh akhir menentang bekas nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, selepas ia dihentikan kelmarin akibat hujan.

Perlawanan itu bersambung ketika Stephens mendahului 5-2 dalam set pertama dan dia seterusnya menang 6-2, 7-6 (7/3) sebelum seterusnya memenangi kejuaraan keduanya selepas kemenangan di Washington pada tahun lepas.

Walaupun dia tidak menunjukka­n tanda keletihan ketika dia mengatasi Goerges dalam straight set, Stephens dapat merasai kesan daripada hari maratonnya.

“Akhirnya, saya selesai,” katanya selepas memenangi kejuaraan.

Set pertama dalam perlawanan akhir berlangsun­g dengan servis sehingga kedudukan 5-5 apabila permainan Goerges mula merosot.

Dia bangkit untuk dius selepas ketinggala­n 15-40 tetapi kemudian tidak ada jawapan kepada senjata yang digemari Stephens, iaitu pukulan depan silang yang kencang.

Walaupun pukulan depan Stephens sentiasa menyusahka­n Goerges, masalah terbesar bagi pemain Jerman berusia 27 tahun itu adalah 33 kesilapann­ya jika dibandingk­an dengan 16 bagi Stephens. — AFP DETIK MANIS: Sloane mengucup trofi yang dimenangin­ya selepas menang pada final Auckland Classic di Auckland.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia