Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad tinju S’wak bakal miliki jurulatih baharu

-

KUCHING: Skuad tinju Sarawak bakal memiliki jurulatih baharu sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) di Sarawak bermula 22 hingga 31 Julai akan datang.

Jurulatih terbabit, Wilbur Andogan, 26, merupakan jurulatih dan petinju profesiona­l berasal dari Highland Boxing Stable, Benguet, Filipina.

Beliau merupakan pengasas Northern Tribes Boxing Gym, gimnasium tempatan yang terletak di Kias, Bandar Baguio, Filipina.

Ketika ini, Wilbur menjadi jurulatih peribadi di Lion’s Head Boxing Gym di Ramkamchae­ng, Bangkok, Thailand.

Selain itu, beliau turut mengadakan kelas tinju kepada pelanggan baik petinju amatur mahupun profesiona­l di Stadium Nasional, Ramkamchae­ng, Bangkok.

Wilbur memulakan karier sebagai petinju pada 2005 dan menjadi petinju profesiona­l sejak 2009.

Beliau mula menjadi jurulatih profesiona­l sejak 2013 dan merupakan pakar dalam latihan tinju dan suaian fizikal (conditioni­ng).

Presiden Persatuan Tinju Sarawak ( SABA), Datuk Rahman Lariwoo berkata pelantikan Wilbur dipersetuj­ui oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan beliau memulakan tugas sebaik tiba di sini hari ini.

“Kita percaya pengalaman dan kepakaran Wilbur dapat membantu meningkatk­an prestasi dan kemahiran petinju untuk menghadapi SUKMA nanti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau akan membantu Ketua Jurulatih, Fred Mandagi dan Jurulatih One Star AIBA Sarawak, Mohd Herman Musa.

Menurut Rahman, SABA menghantar petinju menjalani latihan di Bangkok, Thailand dari 15 hingga 30 Januari sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Tinju Terbuka Kedah yang berlangsun­g pada 1 hingga 5 Februari depan.

Selepas kejohanan tersebut, petinju akan menjalani latihan bersama skuad elit Malaysia di MSN Keramat disusuli latihan selama dua minggu di Pulau Batam, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia