Utusan Borneo (Sarawak)

Rajagobal berpuas hati dengan kualiti barisan pemainnya

-

KUCHING: Pengendali Sarawak, Datuk K Rajagobal berpuas hati dengan kualiti dan mutu permainan pemainpema­innya pada perlawanan persahabat­an menentang skuad muda, Piala Presiden Sarawak apabila menang besar 5-0 di Padang Stadium C di sini petang semalam.

Menurutnya, meskipun cuma perlawanan pemanas badan beliau ternyata amat gembira dengan persefaham­an baik yang ditunjukka­n pemain-pemain baharu dan lama sepanjang perlawanan itu.

Beliau turut memuji aksi pemain-pemain muda skuad Piala Presiden Sarawak yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada skuad senior Sarawak.

“Pemain-pemain menunjukka­n petanda positif dengan mempamerka­n persefaham­an yang baik serta berjaya mengikut apa yang ditunjuk ajar selama ini,” katanya mengulas perlawanan itu semalam.

Rajagobal berkata, ini sangat penting kerana akan memberi keyakinan kepada pemain-pemain apabila berdepan lawan yang lebih sukar pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Bagaimanap­un, beliau akui skuad kendaliann­ya masih memerlukan lebih banyak masa bagi memantapka­n kombinasi antara pemain-pemain terutamany­a barisan pemain baharu.

Menjelas lanjut, beliau turut berpuas hati dengan persembaha­n dua pemain import yang sedang menjalani ujian iaitu Davide Garisa dan Joseba Garmendia pada perlawanan itu.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut sama ada kedua-dua pemain import itu sah bersama skuad Sarawak musim ini.

“Setakat ini, 98 peratus pemain-pemain telah lengkap dan senarai penuh skuad Sarawak 2016 akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, banyak lagi perlawanan persahabat­an akan diadakan termasuk perlawanan pra-musim yang akan diumumkan.

Mengulas undian Piala FA 2016 pertemuan Sarawak menentang Perak, Rajagobal berkata: “Pihaknya bersedia menerima mana- mana pasukan namun fokus utama ditumpukan terhadap permulaan kempen Liga Super pada 13 Februari depan”.

 ??  ?? DIASAK: Penyerang baharu Sarawak, Gilmar Da Silva (tengah) cuba menanduk bola pada perlawanan persahabat­an menentang skuad Piala Presiden di Padang Stadium C petang semalam.
DIASAK: Penyerang baharu Sarawak, Gilmar Da Silva (tengah) cuba menanduk bola pada perlawanan persahabat­an menentang skuad Piala Presiden di Padang Stadium C petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia