Utusan Borneo (Sarawak)

Bola keranjang: Sarawak gagal pertahan kejuaraan pada peringkat kebangsaan

-

KUCHING: Juara empat kali, Sarawak gagal mempertaha­nkan kejuaraan pada Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong Maba-Agromate ke-57 dan Kejohanan Bola Keranjang Pertanding­an Kemahiran Istimewa yang berlangsun­g di Sandakan, Sabah pada Selasa lalu.

Sarawak yang bermain dalam final ke- 13 selepas menunggu selama 11 tahun tewas 81-87 di tangan Polis yang lebih berpengala­man dalam saingan Divisyen I.

Ini merupakan kejuaraan ketiga milik Polis sejak 1991 selepas memenangin­ya pada 2012.

Sarawak mendahului 23-10 pada suku pertama namun Polis berjaya bangkit untuk membimbing permainan 38- 32 pada separuh masa pertama.

Pada suku ketiga, Sarawak sekali lagi di depan dengan 57- 51 sebelum kedua- dua pasukan terikat 71-71 dan 78- 78 pada tempoh permainan sebenar.

Keputusan itu memaksa permainan diteruskan dalam masa tambahan.

Dalam masa tambahan selama lima minit, Gan Hong Hoong dan Liaw Chee Huei masing-masing menjaringk­an gol buat Polis dan Sarawak.

Soo Eng Heng dan Chan Kok Thai muncul wira selepas menjaringk­an mata berharga dalam tempoh 53 saat sebelum permainan tamat untuk memastikan Polis mencatat kemenangan.

Sementara itu, Negeri Sembilan naik ke Divisyen I selepas menjuarai Divisyen II.

Saingan wanita yang disertai enam pasukan menyaksika­n Sarawak menduduki tangga kelima manakala Johor muncul johan selepas menewaskan Melaka 60-32.

Sarawak turut cemerlang dalam Kejohanan Bola Keranjang Pertanding­an Kemahiran Istimewa dengan Ivan Yeo merangkul tempat kedua dalam acara ‘ slam dunk’ lelaki, Nicholas Yii Hii Wii muncul pemenang ketiga acara mengelecek dan Tsok Kian Hong di tempat kedua dalam acara ‘three-pointer shooting’.

Phang Oi Kian pula mengunggul­i acara ‘three-pointer’ wanita dan Wong Mei Chyn ketiga dalam acara mengelecek.

Seramai enam pemain Sarawak turut terpilih menyertai pemilihan awal skuad kebangsaan iaitu Choo Wei Hong, Liaw Chee Huei, Chai Chze Hian, Ivan Yeo, Yiek Chai Teck (lelaki) dan Wong Mei Chyn (wanita).

 ??  ?? GAGAL: Pasukan bola keranjang Sarawak gagal mempertaha­nkan kejuaraan pada Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong.
GAGAL: Pasukan bola keranjang Sarawak gagal mempertaha­nkan kejuaraan pada Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia