Utusan Borneo (Sarawak)

Enam peserta pilihan bersaing untuk jadi protege Black, Azlan malam ini

-

SERAMAI 12 peserta pilihan ‘Mentor Milenia’ akan bersaing sesama mereka untuk menjadi protege kepada Akim, Black, Hazama dan Azlan. Kesemua mereka merupakan peserta awal di mana tiga peserta mewakili setiap mentor.

Ketiga-tiga peserta ini kemudian akan membuat persembaha­n solo mereka pada dua episod konsert pengenalan sebelum dua orang peserta sahaja yang bakal dipilih menjadi protege bagi mentor masing-masing.

Mereka terdiri daripada Muhammad Fareez Hazwan, 18, Nurul Amira Mat Nasir, 20 dan Iqbal Jaafar, 20, yang mewakili Hazama, Sharifah Nurilmuhay­ati Syed Hussain, 17, Nur Izzati Mohd Rashid, 21, serta Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan, 17, yang mewakili Azlan.

Sementara itu, Akim memilih Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli, 20, Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan, 20 dan Yusmeeruna­fishah Yusof, 20, manakala Black pula mempertaru­hkan Nurul Syazwanie Mohd Basri, 21, Rossaidi Abdul Rani, 21, dan Ridzuan Haqiem Rusli, 17, sebagai peserta pilihan masing-masing.

Peserta pilihan Black dan Azlan bakal bertanding di konsert pengenalan pada malam ini (10 Januari 2016) manakala peserta pilihan Akim dan Hazama pula akan bersaing pada 17 Januari.

Selepas itu, lapan protege yang berjaya akan bertanding dalam lima konsert mingguan bermula 31 Januari yang dijadualka­n bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

‘Mentor Milenia’ memulakan musimnya pada 3 Januari 2016 lepas, di mana ia akan ditayangka­n setiap Ahad jam 9 malam dan akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh.

Episod pertama memaparkan kerenah dan ragam lebih seribu peserta yang hadir ketika sesi uji bakat yang berlangsun­g sepanjang Disember.

Selain siaran langsung setiap Ahad di TV3 serta siaran ulangan setiap Jumaat berikutnya jam 9.30 pagi, penonton juga turut berpeluang melihat aktiviti mentor dan protege menerusi ‘Jurnal Mentor Milenia’ yang akan disiarkan bermula hari ini, setiap Ahad jam 6.02 petang.

Penonton yang terlepas menyaksika­n program ini boleh menontonny­a melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia