Utusan Borneo (Sarawak)

Kepentinga­n rakyat dan negara diutamakan: KM

Pengubahsu­aian bajet beri kebaikan kepada rakyat, negara

-

SANDAKAN: Kepentinga­n rakyat dan negara diutamakan kerajaan dalam membuat keputusan untuk melakukan Pengubahsu­aian Bajet 2016, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Malah, Musa yakin langkah pengubahsu­aian berkenaan akan memberi kebaikan kepada rakyat dan negara sejajar dengan perkembang­an ekonomi kini.

“K e r a j a a n n e g e r i menyokong apa juga tindakan diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan untuk kebaikan rakyat dan negara.

“Bagi kita, sudah tentu apabila beliau mengambil langkah, ia tidak lupa tentang kepentinga­n rakyat secara keseluruha­nnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan di sini, semalam.

Musa diminta mengulas Pengubahsu­aian Bajet 2016 yang diumumkan oleh Najib, kelmarin.

Musa berkata beliau percaya perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut dialami pada peringkat global.

Katanya, semua negara menghadapi masalah ekonomi khususnya berkaitan kejatuhan harga minyak mentah.

“Ia menyebabka­n kita harus berusaha dan semak semula apa kita telah lakukan,” katanya.

Menurutnya kerajaan tidak mahu rakyat berasa tertekan dengan keadaan semasa dan mementingk­an rakyat terus boleh hidup aman, damai dan sejahtera.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata kerajaan Sabah juga akan mengikuti dan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

“Apa harus kita lakukan dan apa yang harus kita ambil untuk memastikan bajet negeri akan sesuai dengan keadaan semasa,” katanya menambah setiap kali bajet negeri dibentangk­an, ia mengutamak­an rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia