Utusan Borneo (Sarawak)

Potensi golongan muda di Sabah perlu digilap: Musa

-

SANDAKAN: Potensi golongan muda di Sabah perlu digilap melalui peningkata­n ilmu dan kemahiran, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Justeru, katanya pendekatan ini memerlukan usaha agar budaya ilmu disuburkan dengan lebih menyeluruh dalam masyarakat dan tidak hanya terbatas kepada program akademik yang formal.

Katanya, matlamatny­a adalah untuk mengupayak­an masyarakat hari ini bagi meningkatk­an budaya ilmu, sekali gus membangunk­an taraf hidup rakyat demi kesejahter­aan umat dan negara.

“Dalam hubungan ini, kerajaan sentiasa menitikber­atkan aspek pembanguna­n dan perpaduan sebagai agenda utama.

“Hasilnya, kita bukan sahaja mengecapi suasana yang aman dan harmoni, malah kita juga menikmati kemajuan dan kemakmuran hidup,” katanya ketika merasmikan Majlis Perarakan Umum sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan di sini, semalam.

Sebanyak 62 kontinjen terdiri agensi kerajaan, persatuan, taman perumahan, sekolah dan masjid sekitar daerah ini menyertai perarakan berkenaan.

Ketua Bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Sandakan Datuk Alipudin Ampong Puyun dan Hakim Mahkamah Syariah Sabah Taherah Tahir masing-masing dianugerah­kan Tokoh Maulidur Rasul lelaki dan wanita.

Musa berkata tema sambutan Maulidur Rasul iaitu ‘Perpaduan Nadi Transforma­si Negara’ amat berhubung kait dengan masa depan generasi muda.

Katanya ini kerana harapan terletak kepada generasi muda yang akan memacu kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan.

Sementara itu, di TAWAU Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata sambutan Maulidur Rasul setiap tahun wajar dijadikan titik menyuburka­n keinginan serta semangat mencontohi Rasulullah S.A.W dalam pelbagai perkara ke arah menjadi umat bertakwa dan cemerlang khususnya, golongan muda.

Katanya, pemerkasaa­n golongan muda penting susulan golongan itu merupakan generasi masa depan yang bakal memacu negeri ke arah kejayaan yang lebih besar.

“Matlamatny­a adalah untuk mengupayak­an generasi muda hari ini menjadikan pemikiran inovatif sebagai budaya bagi meningkatk­an daya saing sekali gus membangunk­an taraf hidup demi kesejahter­aan umat dan negara bangsa,” katanya.

Tawfiq yang juga wakil rakyat Apas berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah di sini yang disertai 70 kontinjen membabitka­n kirakira 7,000 orang berarak dari pekarangan Majlis Pèrbandara­n Tawau.

Katanya, kebangkita­n semula umat Islam perlu dilakukan dalam konteks menyuburka­n minda yang sejahtera, memperkasa jiwa keimanan dan menyusun langkah atur sewajarnya berpanduka­n sejarah perjuangan Rasulullah SAW. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia