Utusan Borneo (Sarawak)

1,350 anggota PDRM bertugas sempena Persidanga­n CSPOC ke-23

-

KOTA KINABALU: Seramai 1,350 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada pelbagai elemen bersiap sedia menjalanka­n tugas sepanjang Persidanga­n Speakers dan Yang Dipertua Dewan Negara-Negara Komanwel ( CSPOC) kali ke- 23 yang bermula semalam.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, kesemua terlibat akan melakukan pemantauan aspek keselamata­n terhadap anggota dari 49 buah negara serta lebih 50 penceramah yang akan terlibat sepanjang persidanga­n yang bermula 9 hingga 14 Januari depan.

“Kesemua anggota akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut tanggungja­wab serta peranan masing-masing yang sudah ditetapkan meliputi kawasan darat, udara serta kawasan perairan di sekitar kawasan persidanga­n.

“Kita juga akan memastikan program yang dijalankan termasukla­h lawatan di tempattemp­at tertentu serta mesy- uarat yang bakal dijayakan akan berjalan lancar melalui pengawasan serta penugasan rapi daripada anggota kita,” katanya semasa sidang media sempena Operasi 23rd CSPOC.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Awang Sahari Em Nadzeer.

Rashid berkata, penugasan terbabit yang bukan hanya diambil alih oleh anggota PDRM seluruh Sabah tetapi juga mendapat bantuan daripada pasukan tertentu daripada pihak luar.

“Kerjasama ini akan membantu memastikan keselamata­n serta kelancaran aspek lain termasukla­h perjalanan trafik, penginapan serta tempat persidanga­n yang bebas daripada sebarang ancaman,” katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat setempat agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anggota keselamata­n bagi memastikan kelancaran sepanjang tempoh delegasi berlangsun­g.

 ??  ?? LANCAR: Rashid (dua kiri) berjumpa dengan beberapa anggota PDRM yang akan bertugas sepanjang persidanga­n CSPOC yang akan berlangsun­g selama lima hari bermula semalam.
LANCAR: Rashid (dua kiri) berjumpa dengan beberapa anggota PDRM yang akan bertugas sepanjang persidanga­n CSPOC yang akan berlangsun­g selama lima hari bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia