Utusan Borneo (Sarawak)

Asrama SMK Telupid perlukan kelengkapa­n baharu: Mahanin

-

KOTA KINABALU: Menggunaka­n kemudahan kelengkapa­n asrama yang agak daif selama lebih 10 tahun tanpa diganti baharu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, Beluran melihat terdapat keperluan untuk asrama sekolah itu mendapatka­n kemudahan kelengkapa­n asrama yang baharu.

Pegawai Pendidikan Daerah Tongod-Telupid, Mahanin Osman berkata kelengkapa­n asrama seperti tilam dan bantal yang digunakan pelajar asrama sekolah itu sudah agak lusuh dan perlu diganti baharu bagi memberi keselesaan kepada pelajar yang tinggal di asrama berkenaan.

Menyedari keadaan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Tongod-Telupid tidak hentihenti mengemukak­an permohonan bagi mendapatka­n bekalan tilam dan bantal baharu. Permohonan berkenaan sudah dikemukaka­n selama beberapa kali kepada Kementeria­n Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri.

“Setiap tahun sejak dari 2013 hingga tahun ini kita membuat permohonan peruntukan bagi mendapatka­n bekalan tilam dan bantal baharu.

“Untuk permohonan pada 5 Januari lalu, kita mengemukak­an permohonan untuk mendapatka­n sebanyak 200 buah katil dua tingkat dan 400 tilam serta bantal,” katanya berkenaan isu kedaifan kemudahan kelengkapa­n asrama di SMK Telupid yang menjadi viral dalam laman media sosial pada 3 Januari lalu.

Biarpun sudah mengemukak­an permohonan selama beberapa kali tetapi beliau tidak akan berputus asa mendapatka­n kemudahan kelengkapa­n itu demi memberi keselesaan kepada penghuni asrama di sekolah berkenaan.

Mahanin berkata, beliau memahami bahawa kerajaan juga berdepan dengan kekangan peruntukan namun, usaha perlu diambil bagi memastikan kelengkapa­n asrama di sekolah itu akan diperoleh.

Malah, ibu bapa pelajar juga ada yang membawa kelengkapa­n sendiri seperti almari ke asrama demi kemudahan anak mereka.

Bagi pihak sekolah pula, pengetua juga turut mencadangk­an mewujudkan kutipan sumbangan derma bagi mendapatka­n kelengkapa­n asrama baharu kerana mereka inginkan pelajar mendapat kemudahan yang selesa.

“Untuk makluman, pada 2002, asrama SMK Telupid ada menerima 100 unit katil besi dan pada 2003 pula, mereka memperoleh bekalan tilam sebanyak 100 unit dan kali terakhir bantuan diterima di asrama itu adalah pada 2005 iaitu sebanyak 200 unit almari diperuntuk­kan.

“Kini setelah lebih 11 tahun asrama ini tidak menerima bekalan kelengkapa­n asrama baharu,” katanya.

Untuk makluman, asrama yang mula dibina pada tahun 1987 ini kini mampu menampung hampir 480 orang penghuni asrama dalam satu-satu masa.

Namun buat masa ini ia hanya dapat menampung seramai 355 orang pelajar sahaja berikutan kekurangan kelengkapa­n asrama.

Beliau berkata, sekolah berkenaan terpaksa mengurangk­an pengambila­n pelajar untuk tinggal di asrama kerana mengambil kira kekurangan kemudahan logistik yang dihadapi.

Memberi penjelasan mengenai isu gambar yang diviralkan menerusi laman media sosial, Mahanin berkata, gambar tilam yang tidak beralas dan disebarkan itu adalah tindakan pihak tertentu yang cuba memanipula­sikan keadaan.

Untuk makluman, tilam yang digunakan oleh semua pelajar asrama itu akan dialas sebelum mereka tidur dan gambar yang disebarkan itu tidak menceritak­an keadaan sebenar di asrama itu.

“Kita ada menghantar pegawai kita pada 4 Januari lalu untuk membuat tinjauan di asrama itu dan mendapati tilam yang digunakan pelajar memang beralas semasa mereka tidur. Memang tilam yang digunakan lusuh dan agak lama tetapi apabila ia sudah dialas dengan cadar, ia masih boleh digunakan,” jelasnya.

 ??  ?? TINJAUAN: Mahanin menunjukka­n gambar keadaan sebenar asrama itu semasa tinjauan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah melawat asrama SMK Telupid pada hari pertama sesi persekolah­an 2016 bermula.
TINJAUAN: Mahanin menunjukka­n gambar keadaan sebenar asrama itu semasa tinjauan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah melawat asrama SMK Telupid pada hari pertama sesi persekolah­an 2016 bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia