Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki tempatan ditangkap polis lakukan jenayah ugut

-

KENINGAU: Dua lelaki tempatan yang melakukan jenayah ugutan di dua tempat berasingan di Nabawan dan di sini telah ditangkap polis pada awal Januari tahun ini dan Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­den Douglas Nyeging Taong berkata, dalam kejadian di Nabawan, seorang pengawal keselamata­n lelaki berusia 42 tahun ditangkap kerana menyerang mangsa lelaki di kuarters pekerja syarikat di Batu 38 Nabawan pada kejadian 2 Januari kira-kira jam 1.30 petang.

Katanya, pengadu berusia 37 tahun telah diserang oleh suspek dengan menggunaka­n parang.

“Sebelum kejadian, pengadu yang juga mangsa telah pergi berjumpa dengan suspek memandangk­an suspek orang yang telah dipertangg­ungjawabka­n oleh pihak syarikat untuk menjaga simpanan minyak milik syarikat bagi mendapatka­n kebenaran untuk mengisi minyak kenderaann­ya yang telah ditandatan­gani oleh Pengurus Besar.

“Namun suspek tidak membenarka­n pengadu (mangsa) untuk mengisi minyak keretanya dan bertanya kepada suspek keengganan­nya membenarka­n pengadu mengisi minyak sedangkan pengadu telah mendapatka­n kebenaran dari Pengurus Besar,” katanya.

Douglas berkata, dengan tiba-tiba suspek yang sedang duduk di pintu biliknya naik marah lalu mengambil sebilah parang dan terus menerpa pengadu sambil melibaskan parang yang dipegang.

Menyedari keadaan itu katanya, pengadu sempat mengelak dan melarikan diri sementara suspek telah mengejar pengadu dengan memegang parang di tangan kanannya sejauh kirakira 30 meter.

“Pengadu tidak tahu kenapa suspek cuba untuk menetaknya dan bimbang keselamata­nnya, pengadu dan rakannya yang bersama-sama ketika kejadian itu membuat laporan polis di Balai Polis Nabawan,” katanya.

Douglas berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, pada 2 Januari tahun ini kirakira jam 6.35 petang, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah telah menangkap suspek di balai polis Nabawan dan membawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut.

Semasa tangkapan dibuat katanya, polis turut merampas sebilah parang yang digunakan oleh suspek untuk mengugut pengadu dan suspek telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Dalam satu kes lagi, Douglas memberitah­u bahawa seorang mekanik berusia 38 tahun berasal dari Kampung Mottou di sini telah ditangkap kerana memecahkan bahagian belakang dan sisi cermin kenderaan menggunaka­n padang samurai milik pengadu, lelaki tempatan berusia 38 tahun berasal dari Pekan Telupid.

Katanya, pada 31 Disember jam 11.43 pagi satu laporan polis telah diterima dari pengadu menyatakan di rumah kakak iparnya di Kampung Mottou di sini, cermin keretanya telah dipecahkan menggunaka­n padang samurai oleh seorang lelaki yang merupakan adik ipar pengadu.

“Kejadian ini berpunca daripada tidak puas hati kerana pengadu hendak membawa kakak iparnya ke Kinabatang­an untuk temankan mentuanya.

“Bertindak atas maklumat, anggota kereta peronda dengan dibantu oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah telah menangkap lelaki yang dalam keadaan agresif dan turut merampas padang samurai berukuran 32 inci dan membawa ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Douglas berkata, suspek telah direman selama lapan hari untuk membantu siasatan.

Menurut beliau, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah ugut.

Katanya, kedua-dua suspek boleh dipenjara dua tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ASP Lee Nyuk Kim dan Pegawai penyiasat, Inspektor Siti Fatimah Az Zahra Sulaiman.

 ??  ?? UGUT: Douglas (tengah) menunjukka­n padang samurai yang digunakan oleh seorang suspek untuk tujuan mengugut. Turut kelihatan Lee (kiri) dan Siti Fatimah.
UGUT: Douglas (tengah) menunjukka­n padang samurai yang digunakan oleh seorang suspek untuk tujuan mengugut. Turut kelihatan Lee (kiri) dan Siti Fatimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia