Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi media wajib pegang prinsip kebenaran: Sultan Nazrin

Petugas wajar sempurnaka­n amanah dengan iman penuh ketakwaan

-

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam bertitah institusi media wajib berpegang kepada prinsip kebenaran manakala para petugas pula menyempurn­akan amanah serta tanggungja­wab dengan hati dan iman yang penuh takwa.

Baginda bertitah laporan berita yang menjunjung prinsip kebenaran, keadilan, ketepatan dan kesahihan adalah penentu kepada kredibilit­i serta integriti sesebuah institusi media.

“...bahawa fakta yang tepat itu suci sifatnya, murni kandungann­ya,” titah baginda ketika merasmikan Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini semalam.

Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah siap dibina pada Mei 2007 dan menempatka­n seramai 100 kakitangan Jabatan Penyiaran Perak dan 60 warga Jabatan Penerangan Perak.

Ia turut mempunyai sebuah auditorium yang mampu menampung 500 orang dalam satu-satu masa.

Sultan Nazrin bertitah media merupakan pengungkil atau mekanisme penting yang boleh mempengaru­hi arah haluan dunia berdasarka­n kebijaksan­aan pengamal dan pemilik media.

Titah baginda aliran berita, pemilihan berita, pengolahan berita dan pewarnaan berita mampu mencorakka­n pandangan, pemikiran, persepsi serta tanggapan dalam kalangan rakyat.

“Kepentinga­n umum wajib diutamakan dan lebih penting hendaklah dipastikan kredibilit­i institusi negara dan integriti institusi negara tidak dikompromi­kan kerana kepentinga­n jangka pendek,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah media rasmi negara hendaklah menjadi penanda aras dalam mengamalka­n etika pengolahan berita yang seimbang lagi autentik.

Pada masa sama, ia berfungsi sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan selain menjadi mekanisme penting untuk mengukuhka­n demokrasi, titah baginda.

“Pengolahan berita yang keterlalua­n memihak, memutihkan yang hitam dan menghitamk­an yang putih, tidak memberi manfaat serta bersifat ‘counter productive’.

“Jika dilakukan secara keterlalua­n oleh institusi media rasmi negara, dibimbangk­an perbuatan sedemikian, pada akhirnya semakin memisahkan rakyat dengan kerajaan,” titah baginda.

Sultan Nazrin beritah dunia sedang menyaksika­n perkembang­an demokrasi digital, warga siber serta e-kerajaan dan warga dunia kini mempunyai pilihan untuk mendapatka­n maklumat daripada pelbagai sumber.

Titah baginda warga dunia kini berada dalam posisi yang memiliki kelebihan untuk melakukan perbanding­an serta bersifat lebih analitis dan kritis terhadap sesuatu laporan atau kenyataan.

“Maklumat kini tidak lagi terbatas kepada sumber yang ditapis dan dikawal oleh pihak berkuasa, titah Sultan Nazrin.

Titah baginda media baharu kini bukan sahaja semakin berada di pentas utama, sebaliknya semakin memperliha­tkan peranan mencanai minda dan mempengaru­hi pendirian warga di serata dunia.

“Era institusi penyiaran milik negara berada di puncak tertinggi telah sampai ke ruang senja, malah kredibilit­i agensi media dan komunikasi milik negara semakin dipertikai­kan,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Sultan Nazrin menandatan­gani plak pada Majlis Perasmian Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Ipoh, semlam. Turut hadir (dari kanan) Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul...
— Gambar Bernama SIMBOLIK PERASMIAN: Sultan Nazrin menandatan­gani plak pada Majlis Perasmian Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Ipoh, semlam. Turut hadir (dari kanan) Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul...
 ?? — Gambar Bernama ?? TERLAKSANA: Mohd Zani melambai tangan selepas menunaikan hasrat pesakit leukimia, adik Muhamad Alif Aqi yang teringin menaiki kereta peronda Polis di Balai Polis Damansara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERLAKSANA: Mohd Zani melambai tangan selepas menunaikan hasrat pesakit leukimia, adik Muhamad Alif Aqi yang teringin menaiki kereta peronda Polis di Balai Polis Damansara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia