Utusan Borneo (Sarawak)

Larangan penjualan vape kepada semua, tindakan wajar: Dr Ma’amor

-

MELAKA: Meskipun fatwa pengharama­n vape dan rokok elektronik secara dasarnya hanya melibatkan mereka beragama Islam, tindakan beberapa negeri termasuk Melaka tidak membenarka­n terus penjualann­ya adalah wajar kerana musibah kesihatan akibat alat itu tidak mengenal batas agama.

Fatwa pengharama­n oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu relevan kepada semua rakyat di negara ini kerana bukan sahaja mereka beragama Islam, malah yang bukan Islam akan turut menerima kesan daripada vape dan rokok elektronik yang menular penggunaan­nya terutama dalam kalangan anak muda.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr Ma’amor Osman berkata rakyat di negara ini perlu melihat isu vape dan rokok elekronik ini dalam spektrum yang lebih luas kerana ia melibatkan hal manusia secara keseluruha­nnya dan bukan melihat dalam batas agama semata-mata.

Beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan vape dan rokok elekronik haram bukan hanya dengan melihat kepada perihal agama Islam semata-mata, malah mendapat pelbagai input dan kajian daripada pakar kesihatan juga pakar lain sebelum keputusan perharaman itu diambil.

“Jangan jadi dangkal kata hanya orang Islam sahaja tidak boleh hisap dan beli (vape dan rokok elekronik), pengharama­n ini terpakai kepada semua kerana kesannya semua kena, maka tindakan negeri terlibat mengharamk­an terus penjualan ini wajar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada Selasa (5 Jan), sebuah portal berita ‘online’ melaporkan seorang anggota politik DAP Datuk Teng Chang Khim yang juga anggota Exco Selangor berkata mengharamk­an vape berdasarka­n fatwa adalah tidak berperlemb­agaan dan mencabuli hak masyarakat bukan Islam.

Selain Melaka, Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan sebelum ini telah mengharamk­an penggunaan serta penjualan peranti vape dan rokok elektronik di negeri masing-masing.Dr Ma’amor berkata walaupun ramai yang mempersoal kesahihan musibah kesihatan akibat vape dan rokok elektronik kerana tiada lagi kajian konklusif berkenaan perkara itu, beliau menegaskan langkah pencegahan perlu diambil terlebih dahulu.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati, jangan bila sudah menerima musibah kesihatan baru hendak berhenti kerana masa itu sudah tidak berguna lagi, jika penyakit itu ada ubat Alhamdulli­lah, tetapi jika tiada ubat menderita seumur hidup.

“Vape ini menggunaka­n teknologi nano di mana wapnya mempunyai saiz yang amat kecil meresap lebih dalam ke bahagian anggota badan terutama paru-paru, bagaimana pula orang sekeliling yang tersedut wap itu, mereka juga mendapat musibah sama,” katanya.

Merujuk kepada pengharama­n penjualan vape dan rokok elektronik di Melaka, keputusan itu dibuat bukan hanya berdasarka­n keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankua­sa Fatwa Negeri Melaka semata-mata malah mendapat input pelbagai pihak sebelum Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memutuskan pengharama­n tersebut.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata pengharama­n yang berkuat kuasa Rabu lepas (6 Jan) itu dibuat berdasarka­n pelbagai maklum balas, antaranya polisi Kementeria­n Kesihatan yang mengkhuati­ri terdapat unsur yang menjejaska­n kesihatan dalam vape dan rokok elektronik.

Malah, katanya pelbagai pihak telah memberi maklum balas seperti Jabatan Kesihatan Melaka; Exco Kesihatan, Pembanguna­n Sukan Belia Sukan dan Antidadah negeri Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Datuk Ismail Othman.

“Sehubungan itu, tiada lesen baharu akan dikelu- arkan kepada peniaga vape di negeri ini, lesen sedia ada dikeluarka­n sebelum ini boleh digunakan sehingga tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri prihatin dengan situasi peniaga vape dan rokok elektronik dengan pengharama­n itu dan akan mengadakan perbincang­an dengan semua peniaga terlibat.

“Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang peniaga atau penjual vape sedia ada ini boleh ceburi selepas pengharama­n penjualan vape di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mengeluark­an lebih 20 lesen perniagaan kepada peniagayan­gmenjualro­kokelektro­nik dan vape. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia