Utusan Borneo (Sarawak)

Moratorium diharap kembalikan kerancakan perniagaan kedai makan dan pelanconga­n

-

KUANTAN: Pengumuman kerajaan untuk mengenakan moratorium terhadap semua aktiviti perlombong­an bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Jan, membawa khabar gembira buat pengusaha resort dan kedai makan di sekitar Pantai Balok serta Pantai Batu Hitam di sini.

Mereka kini mampu kembali menarik nafas lega selepas teruk terjejas disebabkan aktiviti perlombong­an yang mengakibat­kan pencemaran alam sekitar sehingga ‘menakutkan’ pelancong untuk datang menginap dan menjamu selera di kawasan itu.

Penolong Pengurus Sumber Manusia De Rhu Beach Resort Ab Halim Yunos berkata penghentia­n sement ara aktivitiit­ubolehmeng­embalikan keyakinan pelancong untuk menginap di resortnya ketika bercuti bersama keluarga.

“Selain disebabkan musim tengkujuh ini, pencemaran bauksit juga punca pelancong kurang datang ke resort ini.

“Pada tahun lepas, jumlah pelancong yang kami terima berkuranga­n hampir 20 peratus, sedikit sebanyak menjejaska­n hasil pendapatan resort,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Ab Halim berkata berita tentang pencemaran akibat perlombong­an bauksit yang tersebar di media masa sebelum ini juga menyebabka­n ramai pelancong membatal serta menangguhk­an tempahan, dan keadaan diburukkan lagi dengan kejadian laut ‘bertukar merah’ di kawasan itu baru-baru ini.

“Penggantun­gan sementara ini bolehlah mengawal aktiviti keluar masuk lori, tetapi persoalan yang timbul, apa yang akan berlaku selepas tempoh tiga bulan nanti.

“Jadi rakyat mengharapk­an kerajaan mempunyai satu pelan tindakan yang efektif untuk mengelakka­n masalah tersebut berulang. Langkah paling baik jika kerajaan mengharam terus aktiviti tersebut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Le Village Beach Resort Shahrudin Hadzri pula berkata biarpuan tempoh penggantun­gan itu singkat namun pihaknya sangat mengharapk­an ia mendatangk­an impak positif terhadap keuntungan resortnya.

Ini, katanya, meman- dangkan aktiviti bauksit menyebabka­n pelancong khuatir untuk ke bandar Kuantan kerana bimbang kenderaan mereka akan rosak akibat debu bauksit.

“Saya yang menguruska­n bahagian jualan sering berhadapan dengan pertanyaan pelanggan yang mahu penerangan tentang bagaimana seriusnya kegiatan bauksit di sini dan ada juga yang bergurau dengan saya mengatakan Pahang Darul Makmur tidak lagi makmur sebagaiman­a namanya,” katanya.

Sehubungan tiu, Shahrudin amat mengharap aktiviti itu dapat dihentikan sepenuhnya agar industri pelanconga­n yang suatu ketika menjadi antara nadi ekonomi Pahang kembali bersinar.

Dalam pada itu, pengusaha kedai makan di Pantai Batu Hitam Norzainah Salleh, 55, berkata sebelum ini, dia mampu memperoleh hasil jualan RM500 hingga RM600 sehari, namun kini hendak mendapat RM200 pun sukar.

Norzainah berkata ini kerana pelanggan yang tinggal di perumahan sekitar Pelabuhan Kuantan sudah tidak datang ke gerainya atas faktor kesukaran melalui jalan raya yang dipenuhi dengan debu bauksit.

“Mungkin kerajaan patut mempertimb­angkan untuk menghentik­an aktiviti ini. Memang ia menguntung­kan, namun hanya kepada segelintir pihak sahaja, sedangkan yang menanggung kesan deritanya lebih ramai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia