Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat kanak-kanak hidap leukemia naiki kereta peronda polis tercapai

-

PETALING JAYA: Hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit leukemia untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai semalam.

Muhammad Alif Aqil Shaiful Azhar, 8, yang disahkan menderita penyakit leukemia sejak tahun lepas menzahirka­n rasa teruja dan gembira kerana diberi peluang menaiki kereta peronda polis bersama anggota keluargany­a yang lain.

Menjadikan watak Inspektor Sani lakonan Zizan Razak dalam filem ‘Polis Evo’ sebagai idolanya, anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu hadir di Balai Polis Damansara bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain.

“Saya suka menonton filem ‘Polis Evo’, minat watak Inspektor Sani dan mahu jadi sepertinya ( anggota polis) sebab nak tahan penjahat,” katanya dalam nada ceria.

Ketua Polis Daerah Petal- ing Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata impian kanakkanak itu direalisas­ikan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan organisasi bukan kerajaan (NGO) - ‘ Make A Wish’ - hasil maklumat doktor yang merawat Muhammad Alif Aqil di Hospital Kuala Lumpur.

“Kali pertama program sebegini diadakan ialah pada tahun 2012 dan hari ini (semalam) merupakan kali kedua. Selepas ini akan ada lagi program seumpama dibuat pada bulan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan kereta peronda polis yang membawa kanak-kanak itu di balai polis berkenaan.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Bangsar itu telah dibawa meronda sekitar kawasan Bangsar kirakira setengah jam sebelum dibawa ke Kidzania bagi melakukan aktiviti bersama keluarga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia