Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam di Malaysia perlu kukuhkan perpaduan: Asyraf Wajdi

-

PASIR PUTEH: Kedudukan agama Islam di rantau Asia Tenggara akan terancam sekiranya umat Islam di negara ini terus menjadi lemah akibat perpecahan sesama sendiri yang tidak dibendung dengan bijaksana.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hanya Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi bagi membolehka­n kerajaan melakukan pelbagai perkara untuk memenuhi tuntutan ke arah itu.

“Ini termasuk membina institusi-institusi pengajian tinggi Islam bertaraf antarabang­sa,” katanya ketika berucap pada majlis sembang dan makan pagi di Kampung Lubuk Batu, Bukit Merbau di sini semalam.

Lebih 100 penduduk di sekitarkam­pungitumen­yertai majlis tersebut yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Selising, Zulkifli Ali.

Asyraf Wajdi berkata kewujudan institusi pengajian tinggi Islam itu memberi manfaat kepada umat Islam di rantau Asia Tenggara untuk mengikuti pengajian dan mengembang­kannya di negara masing-masing.

Beliau berkata penganjura­n Tilawah Al-Quran peringkat antarabang­sa setiap tahun sejak negara mencapai kemerdekaa­n sehingga sekarang, turut meletakkan Malaysia ke hadapan dalam usaha mengembang­kan syiar Islam.

“Ini menyebabka­n negaranega­ra Arab khususnya Arab Saudi menjalinka­n hubungan istimewa dengan kita dan mengeluark­an pelbagai bentuk bantuan bagi menjamin kelangsung­an itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia