Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas kabinet bantu usahawan muda Timba lebih banyak ilmu dan kemahiran untuk bersaing

-

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankua­sa khas kabinet akan ditubuhkan untuk membantu usahawan muda menimba lebih banyak ilmu dan kemahiran untuk bersaing dalam dunia perniagaan yang lebih luas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri yang akan mempengeru­sikan jawatankua­sa tersebut, dalam memastikan kerajaan berjaya mencapai sasaran melahirkan 10,000 usahawan muda menjelang tahun 2020.

“Tahun ini kita sasar 2,000 usahawan muda berjaya dan boleh diketengah­kan, menjelang 2020 kita mahu ada 10,000 usahawan muda berjaya,” katanya semasa melancarka­n Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Beliau berkata kerajaan dengan beberapa agensi berkaitan termasuk Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengambil berat terhadap usaha membantu golongan usahawan muda bukan sahaja dari segi modal malah juga kemahiran dalam mengurus perniagaan.

Menurutnya program 1Keluarga 1Usahawan membuktika­n kerajaan serius dalam membantu meningkatk­an ekonomi per kapita dalam sesebuah keluarga.

Ahmad Zahid berkata berdasarka­n statistik, 61 peratus usahawan Bumiputera didapati kurang berkemampu­an menjalanka­n kajian pasaran, 60 peratus belum mampu menyediaka­n laporan kewangan dan 58 peratus kurang mahir menentukan aliran produk.

Katanya 26 peratus usahawan telah berpeluang mengikuti latihan keusahawan­an selama enam bulan, manakala 57 peratus pula berpeluang menikmati latihan keusahawan­an kurang enam bulan.

“Sebagai tanda sokongan kepada program pembanguna­n usahawan muda, kerajaan bersetuju untuk memberi dana sebanyak RM1 juta untuk program JUMP 2016,” katanya.

Program JUMP anjuran Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya (PAKAR BERJAYA), sebuah badan bukan kerajaan, bertujuan memperkuku­hkan mental dan rohani dalam mengharung­i cabaran perniagaan yang semakin kompetitif.

Penaungnya merangkap Pengerusi Jawatankua­sa JUMP Datuk Nurulhiday­ah Ahmad Zahid berkata program JUMP akan menjelajah ke seluruh negara mengikut zon iaitu tengah, selatan, utara, pantai timur, Sarawak dan Sabah.

Katanya di bawah JUMP, peserta khasnya usahawan kecil akan mendapat bimbingan perniagaan, perancanga­n kewangan, perkongsia­n pengalaman daripada beberapa usahawan berjaya seperti Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, Datuk Dr Lawrence Welter Ng, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman serta usahawan selebriti Fizo Omar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRASMIKAN: Ahmad Zahid (dua, kanan) merasmikan Seminar Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Nurul Hidayah (kanan).
— Gambar Bernama DIRASMIKAN: Ahmad Zahid (dua, kanan) merasmikan Seminar Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Nurul Hidayah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia