Utusan Borneo (Sarawak)

Jenama ‘Fonebud’ Malaysia tarik perhatian di pameran elektronik Las Vegas

-

LAS VEGAS: Aksesori telefon pintar, Fonebud Essential Plus, yang dipamerkan oleh Pensonic Holdings Bhd dari Pulau Pinang di Pameran Elektronik Pengguna (CES) di sini berjaya menarik perhatian ramai pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pensonic, Dixon Chew berkata, beliau sangat gembira dengan sambutan daripada pengunjung perdaganga­n dan memuktamad­kan beberapa janji niaga bagi siri produk Fonebud semasa pameran itu.

Beliau berkata syarikat itu juga menerima ‘pertanyaan perniagaan yang sangat baik’ daripada pembeli dari Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat.

“Secara umumnya, kami berpuas hati dengan penyertaan kedua kami di pameran tahunan ini. Kami mendapat peluang bukan sahaja untuk mempamerka­n produk kami tetapi juga pendedahan kepada produk yang sama dan teknologi terkini yang dipamerkan,” katanya kepada Bernama di luar pameran itu, di sini.

Fonebud Essential Plus adalah kemuncak kepada kerjasama antara Pensonic dan Sunweu Sdn Bhd yang berpangkal­an di Bayan Lepas.

Kedua- dua syarikat itu menyediaka­n konsep dan membangunk­an peranti tersebut dengan memanfaatk­an kekuatan penjenamaa­n, pembanguna­n produk dan pengurusan rantaian bekalan Pensonic serta pengetahua­n dan pengalaman Sunweu dalam memasarkan dan mengedarka­n jenama aksesori telefon mudah alih antarabang­sa.

Fonebud Smart Companion Series ialah sumber kuasa bagi telefon pintar, tablet dan peranti USB mudah alih dan lain-lain. Ia berfungsi sebagai telefon sokongan dengan hubungan blue-tooth, peranti penjejakan, penggera peribadi dan ciri-ciri berguna lain.

Jenama inovatif ini dipanggil ‘Fonebud’ dan produknya dinamakan ‘Fonebud Essential Plus’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia