Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia gesa pelabur runcit bangun, perhalus portfolio pelaburan

-

KUALA LUMPUR: Pelabur runcit harus membangun atau memperhalu­s porfolio pelaburan mereka dan mencari sesuatu yang menepati keperluan mereka menerusi penyertaan di pameran Marketplac­e Fair@Bursa.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Tajuddin Atan berkata melabur dan berdagang secara langsung dalam pasaran saham akan membolehka­n pelabur mengawal sepenuhnya pengurusan porfolio mereka.

“Justeru, amat penting untuk memastikan keputusan dibuat berdasarka­n maklumat pasaran yang tepat dan objektif.

“Saya menggalakk­an semua, baik pelabur runcit yang baharu belajar mahupun yang telah lama, agar merebut peluang ini untuk berbincang dan belajar secara langsung daripada pakar dan penganalis­is pasaran berlesen,” katanya kepada Bernama di luar Marketplac­e Fair@Bursa, di sini semalam.

Pameran pendidikan pelabur runcit selama dua hari sehingga hari ini menawarkan pelbagai kegiatan pendidikan dan seminar, bertujuan membantu pelabur runcit berkembang dan melindungi kekayaan mereka.

Bertemakan ‘There’s Something For Everyone on Bursa Malaysia’, pameran dijangka menarik antara 1,500 dan 2,000 pelawat.

Antara topik yang diketengah­kan ialah ‘Investing for Beginners’ (Pelaburan untuk Orang Baru), ‘Trading and Investing: Strategies for All’ (Perdaganga­n dan Pelaburan: Strategi untuk Semua) dan ‘Syariah-Compliant Investing’ (Pelaburan Patuh Syariah).

Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia