Utusan Borneo (Sarawak)

Jimisar Automotive lancar Mitsubishi Triton Phantom edisi terhad

-

BINTULU: Jimisar Automotive Sdn Bhd melancarka­n kenderaan baharu pacuan empat roda (4WD) Mitsubishi Triton Phantom untuk edisi terhad di sini semalam.

Kenderaan itu boleh didapati di Bilik Pameran Jimisar Automotive Sdn Bhd di Lot 4204 dan 4205, Parkcity Commercial Centre Phase 6 Bintulu.

Pengurus Jualannya, Tommy Ting Ding Wee berkata, kenderaan itu ditawarkan hanya terhad untuk 200 unit sahaja dan pengenalan model baharu itu didatangka­n dengan warna hitam sepenuhnya serta aksesori untuk melengkapk­an ciri-ciri lasak kenderaan itu berdasarka­n kepada varian Triton VGT Adventure.

“Ia mempunyai rim aloi hitam `matte’ 17 inci serta jeriji hitam `matte’ bahagian depannya yang memperliha­tkan rupa kenderaan itu lebih agresif.

“Ciri-ciri lasak itu turut dilengkapi dengan ` Sports bar’ dengan `full box’ serta bampar belakang hitam ` matte’ membawa kepada penampilan profil lasaknya,” ujarnya semalam.

Harga yang ditawarkan adalah RM117,180.66 tanpa insurans dengan penyelengg­araan percuma dua tahun, rebat tunai RM2,000 atau percuma untuk caj buruh dengan rebat tunai RM4,000, jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer yang pertama.

Ciri-ciri lain ialah punat tekan penghidup, operasi tanpa kunci, stering teleskopik dan kecondonga­n, penganjak alihan untuk kawalan manual dari transmisi automotik yang diinginkan oleh pemandunya. Ia turut mempunyai pemilih 4WD, sistem audio sesentuh dengan kamera undur, lampu depan auto, pengelap cermin depan dan zon dwi kawalan suhu.

Triton Phantom digerakkan oleh enjin 2.5 liter 4 silinder dengan Intercoole­d Vari- able Geometry Turbo (VGT) menawarkan prestasi tinggi dengan penggunaan bahan api tinggi yang ekonomi.

“Kenderaan ini memiliki teknologi Double Overhead Cam (DOHC) 16 valve turbodiese­l enjin dengan sistem common-rail mampu menghasilk­an 178 PS dengan kuasa tork 4,000 rpm dan 400 Nm pada 2,000 rpm (50 Nm lebih tork sebelum ini) untuk memberikan Triton prestasi yang lebih kuat dalam mana-mana keadaan,” tambahnya.

Triton Phantom juga didatangka­n dengan radius membelok 5.9 meter, memiliki transmisi automatik 5 kelajuan dengan `sport mode’ yang cekap, pilihan sistem 4WD yang mudah akan menghantar kuasanya ke depan dan belakang gandar.

Katanya, pilihan sistem 4WD yang mudah juga terus dipertingk­atkan sejak dua dekad dan mampu mengendali­kan tork peringkat tinggi.

 ??  ?? TERBAIK: Tommy (kiri) bersama kakitangan jualan Jimisar Automotive Sdn Bhd menunjukka­n tanda bagus semasa merakam gambar di hadapan Mitsubishi Triton Phantom semalam.
TERBAIK: Tommy (kiri) bersama kakitangan jualan Jimisar Automotive Sdn Bhd menunjukka­n tanda bagus semasa merakam gambar di hadapan Mitsubishi Triton Phantom semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia